Sabun Marine Essense Beauty Bar | Beg Kait Mini


Assalamualaikum

Dah nak masuk seminggu aku terima hadiah ni tapi sekarang baru rajin nak update kat blog. Ok, hasil daripada giveaway yang aku join menang la juga dua giveaway. Alhamdulillah, rezeki. 
Hadiah yang pertama aku dapat adalah Sabun Marine Essense Beauty Bar daripada Aimie Mohktars. 

 Sabun Marine Essense Beauty Bar
Kak Aimie siap bagi soap box lagi

Daripada beberapa testimoni yang aku usya, Sabun Marine Essense Beauty Bar memang berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal pada badan akibat eczema, menghilangkan daki serta mencerahkan bahagian ketiak dan celah-celah badan yang gelap. Bukan setakat boleh guna kat badan tapi guna kat muka pun boleh. 2 in 1 la kan. Untuk maklumat lanjut ataupun nak order boleh contact Aimie Mokhtars. Dia bagi harga murah-murah je uolls. =)

Hadiah kedua adalah Bookmark Kait dan Beg Kait Mini daripada Nurizan Ahmad.

Beg Kait Mini

Aku suka beg mini ni sebab kaitan dia nampak kemas dan bookmark pulak simple je. Bukan cuma beg mini dan bookmark tapi barangan kait lain seperti kopiah, sarung tangan, sweater, topi bayi dan pelbagai barangan lagi boleh di tempah di Lady Krafts. Boleh cuci mata kat Lady Krafts, kalau berkenan boleh tempah sekali yer =)


p/s terima kasih sudi sponser giveaway. Moga murah rezeki lagi =)

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم