Haluan yang pasti dipilih oleh graduan

Assalamualaikum !




Bekerja
Nak cari kerja bukannya senang sekarang ni. Setiap tahun beribu IPT keluarkan fresh graduate. Kekosongan jawatan mungkin suku daripada fresh graduate. Sebab tu jangan nak memilih sangat. Kerja je apa-apa pun asalkan dapat amik pengalaman. Majikan bukan setakat tengok pendidikan kita je, kalau ada kemahiran interpersonal yang bagus memang senang nak lekat.






Sambung Study
Kebanyakan yang suka sambung study ni perempuan, yang laki pulak lebih prefer nak kerja. Study je kat mana-mana uni ke, kolej ke yang penting semangat nak belajar tu yang penting. Aku pun tengah pikir-pikir nak amik degree. Setahu aku kalau nak buat degree  bidang akaun macam aku ni subjek dia sama je dengan diploma. Kena amik Financial Accounting, Taxation, Audit. So aku rasa tak susah sangat sebab kita kena belajar apa yang kita dah belajar. Bunyi macam senang je, hiks..




Bagi aku korang wajib sambung study jika korang fikir study, learning, assignment are fun !! haha. Ada ke orang fikir macam tu?



Tunggu ' Ikan Josh' masuk minang
Yang ni perempuan memang sesuai. Kalau tak nak kerja, tak nak study tunggu jela orang masuk minang. One of my lecturer dulu selalu sangat cakap "Kalau tak nak sambung study kawin dengan ikan josh, duduk rumah jaga anak, tiap-tiap bulan encik suami bagi duit 4 angka." hahha. Bila ditanya mengenai future planning, majoriti budak kelas aku dulu cakap nak kawin dengan ikan josh. Ni semua pengaruh lecturer aku la.Opss.. majoriti tu tak termasuk aku yep, aku tak terpikir nak kawin dalam masa terdekat ni ^_^ Tapi kalau betul-betul dapat ikan josh apa salahnya...yedok, dapat jugak tempat macam gini =)













Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama