Raja Adsense
igkaboom

1
Kalau ex ajak kita couple balik, apa reaksi korang? Seronok, excited atau meluat sangat-sangat? Adakah korang rasa macam korang ni barang yang suka-suka je orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan silu dia pungut semula.

Entry ni khas untuk perempuan sebenarnya,sebab aku kan perempuan..hehe *macam takde kena mengena* 

Ok kaum Hawa,apa pendapat korang bila ex korang ajak couple balik? Mesti korang pernah alami situasi macam ni. Macam mana perasaan korang? Happy ke bila teman lelaki korang ajak couple balik? ataupun menyampah? 

Kalau tanya aku, jawapan aku adalah no! Kenapa? Sebab aku rasa kalau kita terima balik macam bodoh pulak rasanya *macam kasar je ayat aku* Yela, korang tak rasa ke bila dah dibuang, lepastu dengan slumber badaknya nak kita balik. Tak ke rasa kita dipermainkan? Walaupun ada kemungkinan niat dia tu ikhlas untuk bersama dengan kita semula. Tapi bagi aku agak susah nak terima semula. 

Berdendam? Tak..cuma aku terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit? kenapa sebelum putus dia selfish? Tapi tulah,kita punya pendapat dan pilihan masing-masing. Mungkin ada antara korang yang boleh terima.

Kita punya hak masing-masing kan? Terpulanglah. Fikirlah mana yang terbaik untuk diri masing-masing.




Comments
1 Comments

1 ulasan:

  1. Err.. tak tau pulak. tak penah rasa xD

    follow n klik iklan jg :)

    BalasPadam

Tudung Si Comel