Raja Adsense
igkaboom

3
Bersedih dulu
Ambil masa untuk bersedih. Of course la sedih bila dah break ni. Korang perlukan masa untuk menutup kisah lama dengan dia. Dia yang pernah korang percayai,sayangi dan berkongsi sama-sama. Tapi pada masa yang sama, lihat balik barang-barang lama yang diberi oleh Ex dan simpan dalam kotak. Lepas tu beri pula diri sendiri masa untuk fikir sama ada nak buang or simpan barang-barang tu. Tapi aku rasa ramai yang pulangkan balik barang-barang tu pada Ex. Aku agak tak setuju bila ada yang buat macam ni.

Berusaha Lupakan Dia
Memang susah gilerr kan nak lupakan Ex. Nak lupakan dia mesti kena slow-slow, jangan drastik sangat. Yang paling penting jangan contact langsung dengan dia. Tak kira la Whatsapp,Wechat, Facebook or benda lain. Mungkin boleh kalau tak contact dia tapi mesti korang ada jugak stalk laman sosial dia. Yang ni aku rasa agak susah nak tinggalkan."Jangan stalk dia lagi" okehh

Melancong
Korang boleh ke tempat yang baru untuk lupakan masa-masa anda bersama Ex. Konon-kononya nak bawa hati yang lara la,hihi..Tak perlu tempat yang jauh asalkan tempat tu boleh tenangkan hati dan fikiran korang. Tapi jangan sesekali pergi ke tempat yang korang telah pergi dengan Ex. Nanti taklah teringat kenangan dengan dia.

Realisasi dan Reka Impian
Cuba imbas kembali impian korang sebelum jumpa dia? Mungkin ada impian yang belum tercapai. So,inilah saatnya untuk realisasikan impian korang tu. Lepas tu cuba reka impian yang baru. Dengan semangat baru, azam baru realisasikan impian baru tu. Impian aku nak daki Gunung Kinabalu. Bila la dapat ni*eh,tetiba





Comments
3 Comments

3 ulasan:

  1. bagi sy x lupa pun xpe..stiap orang dtg dalam hidup kita sbb Allah ingin kte belajar somting dr Dia melalui si dia...bile kte trima hakikat tu, hati kte akan tenang dan dapat lalui hidup macam biasa..

    BalasPadam
  2. baru berkesempatan singgah sini..
    semoga dimurahkan rezekii.. aamiiin...
    selamat petang... amal follow sini..

    jemput singgah blog amal

    BalasPadam
  3. Klo cinta yg btl2 bkn sng..10thn.pn still akan ingat klo terjmpa ex blk...

    BalasPadam

Tudung Si Comel