Remaja Hilang di Villa Nabila Ditemui



Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bharu, Johor selepas tengah malam tadi. Remaja tersebut dikatakan hilang selepas masuk ke kawasan Villa Nabila. Dia dipercayai menyorok dirumah rakannya di Flat Desa Mutiara.
Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato' Onn untuk direkod kenyataan.

Ibunya Norhayati Mohamad,39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar jam 2 pagi selasa. Beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

Berita kehilangannya menggemparkan seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 orang sahaja yang berjaya keluar.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari disekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat serta menjadi tajuk sensasi di media sosial.

Tindakan remaja tersebut sedikit sebanyak menyusahkan banyak pihak yang terlibat dalam usaha dan menyelamat. Harapnya kes macam ni tak berlaku lagi lah =)







1 Ulasan

  1. haha. tu la pasal. diri sendiri tak sedar yg dia tu sedang diselamatkan...

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama