Raja Adsense
igkaboom

Kek Oreo Cheese guna 3 bahan sebenarnya dah lama viral tapi sekarang baru berkesempatan nak buat dan ter-rajin nak share resepi. Mungkin dah ramai kot yang share resepi ni. Tapi aku tetap nak share juga😅

Resepi Kek Oreo Cheese

Bahan - bahan

1. Biskut Oreo (2 paket saiz panjang)
Resepi asal guna biskut Oreo tapi time aku nak beli tu takda biskut ni. Jadi aku ambil apa yang ada  jela. Aku guna biskut Cream-O 4 paket saiz kecil

2. 200ml susu segar/coklat (any brand)
Aku guna susu Dutch Lady Chocolate kotak kecil. Sedang elok 200ml

3. Cheddar Cheese
Bahan terakhir sebenarnya untuk topping sahaja. Jadi korang boleh letak apa-apa topping. Nak letak chip, coklat cair tu terserah pada korang. Aku guna Chocolate Rice dan Cheddar Cheese

Cara

Resepi Kek Oreo Cheese
Biskut yang telah diblend
1. Blend hancur biskut sekali dengan krim

Resepi Kek Oreo Cheese
Kacau sebati biskut dengan susu
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sebati
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas atau loyang untuk dikukus
4. Kukus selama 20 minit

Resepi Kek Oreo Cheese
Kukus selama 20 minit
5. Dah siap, sejukkan. Kemudian terbalikkan dan letak topping

Resepi Kek Oreo Cheese
Kek dah siap 😋
Sangat mudah nak buat. Orang yang tak pernah buat kek pun boleh buat tau sebab guna 2 bahan utama je, dan nak buat pun simple sangat. 😉









Comments
2 Comments

2 ulasan:

Tudung Si Comel