Raja Adsense
igkaboom

Sekarang ini tidak perlu diperkenalkan lagi cara buat duit online, ramai yang dah tahu cabang-cabang yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Ini termasuklah melalui facebook yang dikatakan sebagai lubuk buat duit online.

Facebook lubuk duit
Semakin hari semakin ramai yang menggunakan facebook untuk mempromosikan produk mereka, dan kebanyakannya hanya mempromosikan produk fizikal. Jarang sekali aku lihat mereka mempromosikan produk affiliate. Mungkin juga mereka kurang didedahkan mengenai produk affliate? Ok, sebelum itu aku terangkan dulu apa itu produk affiliate bagi sesiapa yang belum tahu lagi.


Apa Itu Program Affiliate

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

Istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Affiliate Marketing

Kelebihan Produk Affiliate

Produk affiliate merupakan produk digital. Jadi sudah tentu anda tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari stok dan supplier. Ia juga tidak mudah rosak, mestilah, kan produk tu dalam hard disk. Jadi tidak perlu menyimpan stok yang bertimbun-timbun.

Untuk penggetahuan anda, komisen untuk setiap jualan yang dihasilkan melalui link anda boleh mencecah sehingga 40% - 75% dari harga produk. Memang banyak tu, tak rugi kalau anda promosi mati-matian produk affiliate ini. Kenapa komisen dia sangat lumayan? Oleh disebabkan ia produk digital, jadi sudah tentu ownernya tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Bahan mentah, kos pembuatan dan seumpamanya tidak diperlukan lagi. Itu adalah sebab kenapa anda dibayar komisen yang lumayan.

Anda juga tidak perlu risau kalau tak tahu programming dan coding untuk buat website ataupun susah-susah mengupah orang untuk membina website untuk anda, sebabnya website tidak diperlukan pun. Itu semua sudah disediakan oleh owner. Anda cuma perlu pilih produk dan promosikan link sahaja. Sistem yang cukup mudah.

Kalau nak diceritakan semua, memang banyak lah kelebihan produk affiliate ini. 

Aku juga merupakan salah seorang yang baru berjinak-jinak dengan affiliate. Tapi aku hanya menggunakan medium blog sahaja untuk mempromosikan produk affliate. Memandangkan sebelum ini aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan promosi produk melalui blog merupakan promosi jangka panjang. Jadi aku pun hanya promosi melalu blog sahaja. Haha. 

Income Affiliate Melalui Facebook


FB Affiliate Income

Sebenarnya bukan cuma blog, tetapi melalui facebook juga anda boleh hasilkan komisen affiliate dalam jangka masa panjang. Bukan cuma hasilkan komisen untuk satu produk, tetapi seberapa banyak produk yang boleh. Macam mana caranya? Aku syorkan FB Affiliate Income dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu menjana pendapatan affiliate melalui facebook.

Melalui panduan ini, anda mampu untuk mendapatkan sale seawal 2 jam selepas mengikuti segala tips yang diajar dalam panduan tersebut, dan tak mustahil juga anda mampu memperoleh income RM255 lebih melalui facebook setiap hari. Sungguh teruja kan?

Ok, dapatkan panduan tersebut disini - FB Affiliate Income









Comments
10 Comments

10 ulasan:

  1. dah baca ah td affiliate. mmg lumayan testimoni tadi. inshaAllah budget lebih boleh beli. tq hajar
    kalo nak beli insHa;;ah ingat hjar

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum... hajarshikin

    kalau kena cara yg berkesan boleh meletup income affiliate... nie.

    mselim3

    BalasPadam
  3. Wahh banyak nya dalat dalam sehari.
    Patut la ramai nak buat affliate kan.
    Keuntungan tinggi

    BalasPadam
  4. wah hebat ya hajar..ada daftar ni aflialt tapi tak reti lah nak buat duit online..tak faham..

    BalasPadam
  5. Buat iklan baik-baik dan kaji betul-betul audience, kalau tak terbakar gitu je bajet pengiklanan

    BalasPadam
  6. Sehari dapat RM255 lumayannya..boleh buat modal bisnes lain pulak tu..

    BalasPadam
  7. salam singgah
    thanks for sharing

    BalasPadam
  8. facebook pun bleh men affiliate nieh...

    menarik

    BalasPadam
  9. melalui facebook pun boleh maen affiliate kn...

    menarik!!

    BalasPadam

Tudung Si Comel