Mengundi di Malaysia Social Media Week (MSMW) 2015

MSMW 2015

Ada yang tau tak mengenai Malaysia Social Media Week (MSMW) 2015? Nak tau detail boleh pergi ke website ->  MSMW
Sebenarnya MSMW 2015 telah pun bermula pada 9 Mac lagi dan untuk pencalonan blog telah pun tamat pada 22 Mac 2015. Sesi pengundian pula dijalankan bermula 23 March - 5 April 2015. Jadi maknanya sekarang adalan sesi pengundian.

Blog Aku Tercalon?

Ya, blog aku adalah salah seorang calon dalam kategori Best Lifestyle Blog. Mesti ada yang tertanya macam mana blog picisan ini boleh tercalon. Siapa yang mencalonkan? Sebenarnya aku sendiri yang mencalonkan blog ini. Muka tak malu, hahaha. Pada mulanya memang aku tak nak ambil tahu langsung mengenai award ini, maklumlah rasanya blog ini belum cukup hebat. Tetapi selepas aku membaca entri kak Fadzi Razak mengenai MSMW ini, tetiba pula rasa nak mencalonkan diri sendiri

memang susah nak menang kalau blog kita setakat cukup-cukup makan je tapi sekurang-kurangnya, ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan blog kita di mata Malaysia. Betul kan?
                                                                                                        - Blogger Fadzi Razak -

Betul kata Kak Fadzi kan? Memang tak mengharapkan kemenangan pun dan sebab utamanya mencalonkan blog ini adalah untuk memperkenalkannya pada orang lain. Kalau bukan kita sendiri yang mempromosikan blog kita, siapa lagi yang nak buat macam tu kan?

Cara Mengundi

Ok, kalau anda nak mengundi blog kegemaran anda atau blog yang dirasakan layak untuk menang, boleh berbuat demikian seperti dibawah.

1- Login menggunakan Facebook atau akaun anda disini -> www.socialmediaweek.com.my
2- Pergi ke 'Award Category'.
    Kalau nak undi blog aku klik di Best Lifestyle Blog. Ehh, ada ke yang nak mengundi? hehe

MSMW 2015

3- Undi blog pilihan anda. Blog yang belum anda undi button dia berwarna hijau

MSMW 2015

4- Ok, dah siap mengundi. Bila button tu warna merah tandanya anda dah undi blog itu.

MSMW 2015

Tahniah pada blog yang tercalon atau mencalonkan sendiri dan untuk pengundi, undilah blog yang dirasakan layak untuk menang. =)





4 Ulasan

  1. dah undi... akak saya undi gak.. semoga berjaya merangkul juara hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tapi tak berharap kemenangan pun, haha

      Padam
  2. good luck dear

    www.yanieyusuf.blogspot.com

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama