Raja Adsense
igkaboom

5
Patut lah siang tadi rajin sangat nak check emel, rupa-rupanya ada sesuatu yang mampu membuatkan aku gembira sepanjang hari. Hahaha. Syukur, alhamdulillah dapat juga merasa komisen dari program affilliate. Program affiliate yang aku maksudkan adalah Ashadee.com yang dulunya dikenali sebagai Jomniaga. Kalau betul caranya korang boleh buat duit dengan blog dan jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun sumber utama.

Komisen Affiliate Ashadee

Komisen Affiliate Pertama
Ini merupakan komisen pertama aku dalam Ashadee.com. Jadi excited tu boleh tahan over la juga. Siapa tak gembira kan. Dah lama aku daftar dengan Ashadee. Kadang-kadang tu rasa nak putus asa juga apabila tidak mendapat sebarang komisen. *Cepat betul kau putus asa ya*. Apabila terima emel ini daripada Ashadee, "Eh, betul ke aku dah dapat komisen ni" rasa macam mimpi pun ada sampai baca berkali-kali. -_- Dengan terimanya komisen ini maka salah satu wishlist 2015 aku 'nak dapatkan komisen affiliate pertama' tercapai. Alhamdulillah, moga rezeki aku dalam affiliate masih lagi ada. =)

Affiliate Cara Dapat Duit Online 2015
Seperti yang diperkatakan WangCyber.com, affilliate merupakan salah satu cara untuk membuat duit online pada tahun baru ini. Cara ini dijangka meletup memandangkan ramai blogger yang semakin sedar mengenai potensi affiliate sebagai lubuk buat duit yang mampu meraih keuntungan sebanyak 3-4 angka sebulan. Bukan sikit tu kan, dah melebihi daripada hasil makan gaji.

Sama ada otai ataupun newbie affiliate, jika rajin usaha dan tidak cepat putus asa macam aku sebelum ini, tak mustahil anda mampu tersenyum bangga dengan hasil affilliate. Aku pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai  affilliate. Dah dapat komisen ini tak bermakna aku patut goyang kaki je kan?








Comments
5 Comments

5 ulasan:

  1. alhamdulillah . tahu jugak sikit2 pasal menda ni tapi kena ada cara jugak kan ? ? x berapa nak reti lagi . huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak berapa nak reti sangat, tengah belajar lagi =)

      Padam

Tudung Si Comel