Review Produk | Sabun Marine Essence Beauty

by - 11:01 PTG

Sabun Marine Essence Beauty

Aku menjadi pengguna Sabun Marine Essence Beauty ni dah lebih sebulan, dapat free je dari Aimie Mokhtars. Hehe..Sebelum aku cerita lebih-lebih aku nak ceritakan sedikit mengenai Sabun Marine Essence Beauty. Uniknya sabun ini adalah ia dibuat handmade khusus untuk menjaga kualiti. Dengan menggunakan garam buluh sebagai ramuan utama, pasti akan memberi kelembapan dan kecantikan pada kulit. 

Kandungan Sabun Marine Essence
Gliserin 
Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit. Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Garam Buluh
Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Ekstrak Liquorice
Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Vitamin E
Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Minyak Tea Tree
Anti-bakteria, anti-kulat.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Aloe Vera
Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Kelebihan Sabun Marine Essence
    • Mencerahkan ketiak dan celah-celah badan yang gelap
    • Menghilangkan daki dan kesan gelap siku, lutut dan buku lali
    • Mengurangkan rekahan pada tumit kaki
    • Membantu mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat radang eczema
    • Menghilangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
    • Membantu mengurangkan masalah jerawat pada belakang badan
    • Melembutkan kulit
    • Menghilangkan kesan parut
    • Mengembalikan kesegaran setiap kali menggunakannya.
    Pengalaman Sendiri
    Sabun ni bukan hanya boleh pakai kat badan tapi muka sekali. Aku pakai kat muka je, nak tahan lama punya pasal, hahaha. Aku guna sabun ni satu ketul tahan untuk satu bulan lebih, potong kecil-kecil, pakai kat muka je. Ok, sepanjang aku pakai, aku memang puas hati dengan keberkesanannya. Lepas cuci muka pakai sabun ni, kulit jadi licin dan lembut. Tak puas aku usap pipi sendiri ^_^. Paling aku suka, kulit muka aku ni sebenarnya ada masalah jerawat. 

    Sepanjang menggunakan sabun ni aku, aku perhatikan jerawat dan parut mula kurang. Aku lupa nak snap gambar, jadi tak boleh lah nak tunjuk kat korang pengurangan jerawat kat kulit muka. Sampai ada kawan aku yang tanya, "Kau pakai produk apa sekarang? Jerawat makin kurang aku tengok". Kawan yang prihatin perasan dengan perubahan wajah aku, hehe. Lagi satu bau dia sangat kuat dan wangi. Hidu kat luar kotak pun dah bau kewangian dia.

    Testimoni Pengguna Lain

    Testimonial Sabun Marine Essence Beaut

    Testimonial Sabun Marine Essence Beaut

    Testimonial Sabun Marine Essence Beaut

    Testimonial Sabun Marine Essence Beaut

    Images credit to google


    You May Also Like

    5 ulasan