Raja Adsense
igkaboom

7
Pernah dengar Program Mykad Smart Shopper? Aku rasa ramai yang masih tidak tahu mengenai program ni. Program ni bukannya program baru, tetapi ia telah wujud dengan lebih 700 syarikat dan diguna pakai sejak 2011. MyKad Smart Shopper adalah salah satu program affiliate di bawah rangkaian Affiliate Junction. 

Program Mykad Smart Shopper

Bagaimana Mykad Smart Shopper berfungsi?

Mykad kita bukan sahaja sebagai pengenalan  diri tapi ia mempunyai pelbagai kegunaan lain dan Program Mykad Smart Shopper salah satu daripadanya. Mykad Smart Shopper berfungsi dengan cara yang cukup senang. Tiap kali korang berbelanja, korang akan mendapat mata dan boleh menebus ganjaran dengan menggunakan mata tersebut. Menarik kan? Ia lebih kurang macam korang isi minyak, dapat mata dan tebus hadiah. Jom aktifkan mykad korang. 

Cara daftar Mykad Smart Shopper

Korang boleh mendaftar mykad korang dengan agen affiliate secara percuma. Kalau diikutkan memang ramai yang menjadi agen affiliate untuk Program Mykad Smart Shopper ni. Jom aktifkan mykad korang dengan agen seperti aktifmykad, mykadsmart dan beberapa agen lain. Mereka adalah antara agen yang aku tahu.

Lepas dah aktifkan mykad, bolehlah gunakan mykad untuk berbelanja. Tapi bukan semua kedai korang boleh menggunakan mykad, hanya kedai yang telah berdaftar di bawah Program Mykad Smart Shopper sahaja yang dibenarkan. Kedai yang dah berdaftar akan mempamerkan logo MyKad Smart Shopper di hadapan kedai mereka.

Program Mykad Smart Shopper

Untuk lebih kepastian kedai mana yang telah berdaftar boleh semak di sini






Comments
7 Comments

7 ulasan:

  1. salam,,iqha singgah sini ;)
    http://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html

    BalasPadam
  2. wow terbaik :).. strategi yang terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, tengah mencuba strategi dari pakar =)

      Padam
  3. Untuk pengetahuan semua, pengaktifan MyKad juga boleh dibuat secara online dengan mengisi terus borang sendiri pada pautan dari portal ASAL Affiliate Junction di --> SINI

    BalasPadam
  4. ada baca ttg ni tapi belum daftar lagi ...

    BalasPadam

Tudung Si Comel