Hapus Astromenda

Keyword Nuffnang Astromenda

Pada mulanya aku tertanya-tanya juga apa benda Astromenda ni. Ingatkan Astro, kikiki. Bila perkataan tu menjadi top keyword kat Nuffnang stat, aku pun merajinkan jari untuk meng'google' perkataan tu. Macam nak buat assignment pulak rasanya bila rajin duk search kat internet. ^_^
Lepas baca baru tau la serba sedikit mengenai Astromenda ni. Nak tau jugak? Kena baca sampai habis ye.

Apa itu Astromenda?
Astromenda adalah aplikasi yang tidak diingini yang dikategorikan sebagai perampas browser. Apabila Astromenda memasuki PC korang, ia akan mengubahsuai browser setting tanpa kebenaran. Program ini akan menyebabkan perubahan yang korang mungkin tak suka seperti keluaranya iklan apabila membuka sesuatu website. Ia akan kekal sehingga korang keluarkannya dari PC.

Astromenda
Macam mana Astromenda boleh ada di PC?
Ini disebabkan korang mungkin ada melawat website seperti cnet.com, softonic.com ataupun download software percuma. Jika korang install software tanpa menyemak semua maklumat yang diberikan, ia akan membolehkan Astromenda diinstall di PC korang.

Astromenda akan menganggu Google, Mozilla Firefox dan Internet Explorer.  Tujuan utama Astromenda adalah mengaut keuntungan melalui iklan atau sponsored links. Jika ia sudah diinstall di PC korang, ia akan tukar homepage, new tab, dan juga default search engine. Lagi satu, ia akan melambatkan sesuatu website yang korang kunjungi disebabkan oleh keluarnya iklan tadi. Selain itu, Astromenda juga boleh mengesan cookies dan mengumpul maklumat browser untuk tujuan komersial.

Ada diantara korang pernah terinstall Astromenda ataupun baru perasan keadaan ni? Cepat-cepatlah uninstall. Banyak buruknya 


                 www.astromenda.info


2 Ulasan

  1. Assalamualaikum kak.. Boleh ina tanya tak, macam mana nak uninstall benda tu?

    BalasPadam
  2. Salam singgah dan follow sini ye :)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama