Sejak kebelakangan ni payah betul nak tido. Kalau dulu sebelum puasa jam 3 pagi ke atas baru boleh tido. Bulan puasa ni lepas sahur baru tido. Maklumlah perut penuh mesti la mata pun rasa mengantuk. Aku baru tau penyakit tak boleh tido ni nama dia insomnia. Kesian kan ?
Maksud Insomnia
Insomnia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang
terjejas atau menghadapi masalah tidur
Tanda-tanda korang ada insomnia
- Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
- Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
- Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Ada beberapa faktor kenapa insomnia ni jadi
- Merokok sebelum tidur
- Minum dalam jumlah banyak setengah jam sebelum tidur
- Makan makanan berat 1 jam sebelum tidur
- Olah raga berat 1 jam sebelum tidur
- Mandi air sejuk
- Membawa dan terlalu memikirkan masalah sehingga stress dan tekanan
- Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
- Elakkan tidur pada waktu tengah hari
- Melakukan senaman dengan kerap
- Belajar menangani tekanan
- Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
- Rendamkan kaki ke dalam air panas
- Minum susu panas tanpa gula 15 minit sebelum tidur
- Yoga pada waktu malam akan membantu menjernihkan fikiran
Kata pakar :
Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka. Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit
Nice sharing dear...dasyatnya lepas sahur baru dapat tidur..hope dapat atasinya...
ردحذفdahsyat ek =)
حذفAisyah pun skang ni tgh mengalami insomnia.. hehe.. thanks for the tips..baru tau cara camna nak hadap benda insomnia nih :)
ردحذفsenasib la kita kan =)
حذفAssalamualaikum..
ردحذفTahniah!!! Anda salah seorang pemenang untuk GA saya ini. Hubungi saya segera untuk urusan tuntutan duit raya...
Wassalam