Peluang Berjumpa Encik Mimpi Secara Personal !!



Sekali tengok lelaki ni buat aku teringat kat Hades dalam citer Whats Up..eh tetibe pulak, tapi memang sama la seorang penyanyi yang memakai topeng, wajahnya tak pernah tunjuk kat public. Macam Mr Zorro pn ada la..haha. Siapa dia ni yang sebenarnya? Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana rupa dia. Aku pun penasaran jugak nak tengok muka dia.

Ni yang aku ambik dari blog Encik Mimpi
Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku. Aku takde la hebat mana pon bergitar tapi macho lah jugak. So kalau suka dengar. Tak suka senyap sudah =)

Nak kenal EM dekat lebih dekat?
Nak borak-borak dengan EM secara terus?
Nak dengar EM nyanyi live secara personal kat korang?
Ni lah peluangnya !!

Sertai "1 On 1 with Encik Mimpi" contest di mana 3 pemenang bertuah akan dapat meluang masa selama 30 minit "skyping" bersama EM! Pemenang boleh borak-borak dengan EM, boleh interview EM dengan soalan-soalan yang sentiasa bermain di minda, malah boleh request EM untuk nyanyikan lagu seberapa banyak pon secara live dalam masa 30 minit tersebut!!


Syarat penyertaan sangat mudah! Hanya perlu membeli caller ringtone/ itunes #Rindukanlah dan lengkapkan slogan "Encik Mimpi adalah seorang yang...." tidak melebihi 80 patah perkataan. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling tepat dengan sifat/ciri-ciri/peribadi sebenar Encik Mimpi.

Syarat-syarat lain penyertaan:
1) Berumur 2 bulan ke atas
2) Bukan warganegara Nepal
3) Sila tunjukkan bukti pembelian lagu melalui itunes atau ringback/caller ringtone mana2 telco dan hantarkan melalui email ke encikmimpi_production@yahoo.com
4) Mempunyai Skype/WeChat Account 
5) Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Nov 2013

Hadiah:
Utama : 3x 30 minit skyping bersama EM + EM T-Shirt
Saguhati : 5x EM T-Shirt




5 Ulasan

  1. Peminat EM ya syikin..kita ada baca something about this guy..tapi kat mana..nanati kalau jumpa kita share ya...

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama