• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Sekarang ini aku tengok ramai anak Melayu makin berminat dengan bisnes. Tak kira lah, jadi dropship, agent atau stokis sekalipun, itu sudah dianggap berbisnes. Hidup pada zaman yang taraf ekonomi makin tinggi ini memaksa kita untuk mempunyai sumber pendapatan lebih daripada satu. Disebabkan itu ada yang buat 'duit tepi' dengan berbisnes. Sesetengah orang sanggup berhenti kerjaya yang tetap semata-mata mahu fokus pada bisnes sahaja.

Ok, aku nak share 'Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung' untuk newbie yang anda semua boleh gunakan bila berbisnes. Ni bukan tips daripada aku sendiri tau. Aku terjumpa tips ni hasil dari perkongsian di facebook Elyaney Khairuddin. 

Tips Bisnes Newbie

Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung


Dibawah adalah cara yang saya lakukan :-

1-  Akaun Semasa/Current Account
Siapa yang belum ada Current Account, sila buat. Tapi WAJIB ada SSM + Cop Syarikat + Deposit. Saya cadangkan anda buat current account CIMB dan MAYBANK, dua-dua ni paling famous dikalangan pembeli online.

➡Maybank : Deposit RM2k + Introducer
➡CIMB : Deposit RM1k + Introducer

Deposit boleh keluarkan balik selepas selesai. Ada sesetengah bank tak perlukan introducer, cuba survey dulu.

2. Akaun Simpanan/Saving Account
Saya pasti semua orang dah ada saving account kan? Kalau belum ada boleh buat. Nak open saving account tak mahal pun. Maybank tak silap sy RM250 (kalau silap tolong betulkan).

3. Pembeli/Client
Pembeli ataupun client mestilah membuat bayaran ke akaun semasa, bukan lagi ke akaun simpanan. Tak kira dia beli apa atau bayaran apa sekalipun, duit jualan WAJIB masuk dalam akaun semasa.

4. Duit dari current account bayar:-
  • Pembekal : Ambil stok jualan/rolling modal
  • Bil : Poslaju (in case kalau korang buat kontrak, bil bayar 2 kali sebulan)/telefon/wifi dan lain-lain
  • Pekerja : Kalau ada staff. Tak ada takpe, jimat kos huhuhu.
  • Tax dan Zakat.
  • Lain-lain seperti minyak petrol, transport dan yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.
5. Gaji untuk diri sendiri (40%)
Hello... Jangan nak perasan yang duit bisnes korang tu 100% hak milik korang okay. Seeloknya bagi gaji pada diri sendiri setiap hujung bulan atau awal bulan.

Macam mana nak kira gaji kita? Yang ni saya bagi contoh sahaja ye. Saya ambik 40% dari baki yang tinggal.

Contoh : Baki setelah ditolak kos-kos diatas adalah RM5000. Contohnya anda ambik 40% dari baki tersebut.

Contoh :
Total Jualan (RM20,000) - Duit Keluar (RM15,000) = RM5000 / 40% = RM2,000 (Gaji Anda).

6. Saving Account
Dari Current Account, bayar gaji anda RM2,000 tadi ke Saving Account setiap hujung atau awal bulan.

Jika anda konsisten bagi gaji pada diri sendiri setiap bulan macam ni, anda boleh create slip gaji. Jadi anda ada slip gaji + pendapatan dari berniaga.

Faham tak?

Gaji inilah yang anda boleh guna untuk makan minum + bagi parents + bayar ptptn + kereta dan sebagainya. Cukup ke tak cukup, pandai-pandailah anda plan. Kalau tak cukup, usaha cari lebih jualan bulan depan.

7. Baki Jualan (60%)

SIMPAN !

Kenapa tak boleh habiskan?

Sebab nanti senang kalau anda nak tambah modal untuk ambik stok produk lain atau nak ambik lebih banyak stok dimasa akan datang. Yela, tak kan selamanya anda nak berada ditahap yang sama je kan?

Duit syarikat sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan jadi perompak bisnes sendiri !


Apa kepentingan Current Account ni?


1. Senang Buat Loan Dengan Bank
Lebih-lebih lagi yang buat bisnes sepenuh masa macam saya ni. Anda tak ada slip gaji tau. Nak apply apa-apa loan dengan bank susah. Jadi kena buat cara macam ni untuk bagi pihak bank nampak yang anda menjalankan bisnes cap kapak. Bukan bisnes cap ayam.

Yang bekerja boleh guna cara ni jugak. Buat slip gaji. Lagi senang nak apply loan sebab ada kedua-duanya, slip gaji + pendapatan dari berniaga.

2. Duit Bisnes Tidak Bercampur 
Perasan tak bila duit masuk dalam 1 akaun je, anda akan jadi 'pening'. Belanja makan ke, shopping ke, belanja pergi bercuti ke, main bedal je ambik duit. Tak tau tu duit bisnes atau duit sendiri. Alih-alih nak restock barang duit tak cukup!

3. Boleh oleh lihat dengan jelas mana DUIT ANDA dan mana DUIT SYARIKAT
Duit syarikat, milik syarikat. Bukan milik anda, walaupun anda pemilik syarikat. Makan je gaji tiap bulan tu dulu. Jangan berlagak macam tokey-tokey besar lagi

4. Membolehkan Pengurusan Wang Anda Lebih Efektif.
Belajar uruskan kewangan dengan baik dulu. Pusing modal yang ada dengan sebaiknya. Jika tidak, lama-kelamaan boleh memakan diri.

5. Tidak Akan Mengalami Masalah Akaun Tiba-tiba Diblock.
Saving account selalu akan mengalami masalah ini. Perkara ni terjadi kerana transaksi melebihi had setiap hari.

Dan banyak lagi kelebihan bagi orang yang berniaga macam saya ni. Ini berdasarkan apa yang saya buat. So far sekarang ni saya dah keluar/rolling modal lebih kurang RM40k untuk ambik stok. Tanpa berhutang. Saya kumpul dari duit untung masa jadi dropship lagi.

Tips ini sesuai untuk newbie yang baru nak mula berniaga. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini 










Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Sekarang ini ramai yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan online atau offline, buat secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Tahniah untuk anda semua para peniaga dan usahawan yang berani mengambil risiko untuk melibatkan diri dalam bidang ini,

Dalam perniagaan, pengurusan kewangan yang cekap dapat menjadi pengukur sama ada perniagaan anda berjaya atau sebaliknya

Pengurusan kewangan sangat penting, tidak kira lah perniagaan kecil ataupun besar. Untuk itu, pelbagai sistem perakaunan yang telah direka supaya penyata kewangan dapat disediakan dengan cepat dan tepat. Sistem perakaunan yang agak biasa digunakan adalah User Business System (UBS) dan Mind Your Own Businnes (MYOB)

UBS Accounting
                                                                                                                            sumber ; ismail.com.my

Bagi yang tidak mahir dalam perakaunan, perisian seperti UBS dan MYOB mungkin agak sukar bagi mereka. Sebenarnya ada cara yang lebih senang untuk menyediakan penyata kewangan yang tepat iaitu dengan menggunakan Sistem DKS.

Sistem DKS Sistem Perakaunan Senang

Sistem DKS atau nama panjangnya 'Sistem Debit Kredit Senang' merupakan sistem perakaunan yang berasaskan MicroSoft Excel. Ada diantara anda yang sudah biasa dengan MS Excel, mungkin akan membantu untuk memahami lagi sistem ini.

Tonton demo dibawah untuk melihat Sistem DKS secara menyeluruh


Apa kelebihan Sistem Perakaunan DKS ?

  • Harga Sistem DKS sangat rendah dan berpatutan
  • Tidak perlu renew tiap-tiap tahun, lesen seumur hidup
  • Sistem DKS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu tahu debit dan kredit sahaja
  • Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan Microsoft Excel
  • Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatik
  • Sistem DKS adalah dalam Bahasa Melayu
Apa yang boleh dikatakan, produk ini lengkap. Anda akan dapat satu sistem merekod transaksi perakaunan yang mudah dan lengkap malah disertakan dengan sistem menyimpan database pelanggan dan pembekal. Malah ia mengikut standard piawaian semasa. Hanya perlukan sedikit kefahaman tentang konsep 'double entry' sahaja. 

Tak faham juga konsep 'double entry' ? Jangan risau, anda akan diberikan Panduan Debit Kredit untuk belajar mengenai konsep itu secara percuma jika anda dapatkan Sistem DKS.

Mana nak dapatkan sistem ini? Ok, anda boleh dapatkannya di sini - Sistem Perakaunan DKS


Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Kalau nak dibandingkan dengan dulu, ada antara kita yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Jadi bilangan yang menceburi bidang ni agak sedikit pada waktu dulu. Pada masa sekarang memang dah ramai yang terlibat dalam perniagaan tambahan lagi dah macam-macam jenis produk yang boleh diniagakan. 

Dalam perniagaan, pengurusan kewangan sangat penting. Dengan pengurusan kewangan yang betul dapat meningkatkan lagi keuntungan perniagaan. Ada orang cakap kejayaan seseorang dalam perniagaan adalah bijak dalam menguruskan hal kewangan. Sistem perakaunan yang sistematik dapat melicinkan pengurusan kewangan dan menyediakan penyata kewangan yang tepat

Nak buat penyata kewangan bukannya senang lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang besar. Untuk menyediakan penyata kewangan yang tepat, beberapa software telah direka seiring dengan peredaran masa. Yelah, kalau guna manual mungkin akan berlaku kesilapan dan tidak tepat. 

Antara software perakaunan yang terbaru adalah Sistem Perakaunan DKS . Sistem  Perakaunan DKS atau nama panjangnya 'Sistem Debit Kredit Senang'. Aku merupakan pelajar perakaunan dan berpeluang belajar dan menggunakan software 'UBS Accounting'. Kebanyakan syarikat menggunakan sistem ini dalam pengurusan kewangan mereka. Sejujurnya agak complicated untuk menyediakan penyata kewangan dengan mengunakan UBS Accounting ni. Banyak benda yang perlu difahami. Tapi bagi orang yang betul-betul mahir memang senanglah la kan.

Apa yang lainnya software ini berbanding sofware yang ada sekarang? Sistem  Perakaunan DKS merupakan sistem perakaunan berasaskan MicroSoft Excel yang jauh lebih murah berbanding perisian perakaunan yang lain. Sistem ni merekod transaksi perakaunan dengan mudah dan lengkap.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan sistem ni juga korang dapat menyimpan database pelanggan dan pembekal. Sistem ini sangat istimewa kerana korang hanya perlu tahu debit kredit sahaja dan juga sistem ini adalah dalam Bahasa Melayu tau. Aku rasa ini merupakan software pertama dalam Bahasa Melayu.

Jadi aku rasa Sistem Perakaunan DKS lebih senang kerana mengunakan excel. Kebanyakan daripada kita boleh menggunakan excel walaupun kurang mahir. Memandangkan ia dalam Bahasa Melayu, lagi senang untuk dipelajari dengan menggunakan buku panduan yang disediakan.

Mungkin para peniaga perlu mencuba Sistem Perakaunan DKS ini supaya dapat menyediakan penyata kewangan yang tepat lebih-lebih lagi bagi yang mencatat perakaunan secara manual. Dengan adanya sistem ini, ia dapat memudahkan anda menyediakan penyata kewangan yang lengkap menggunakan excel terutama peniaga atau usahawan kecil.

Dapatkan software excel murah ini disini - Sistem Perakaunan DKS 






Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Keychain sulaman benang merupakan salah satu kraftangan yang dilakukan untuk mengisi lapang anda. Selain dijadikan cenderahati untuk rakan-rakan, keychain ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah dalam giveaway atau segmen yang anda anjurkan di blog. Keychain ini amat popular zaman aku sekolah dulu, tahun 2010 kalau tak silap.

Keychain Sulaman Benang Menarik

Kalau dilakukan secara serius, anda juga boleh menjadikan keychain sulaman ini sebagai bisnes untuk menjana pendapatan sampingan. Bagi yang tak tahu, sebenarnya kalau anda buat bisnes keychain ni, margin keuntungannya melebihi 500%. Memang terbaik sangatlah kalau nak dapatkan pendapatan sampingan melalui bisnes ini. 


Keychain Sulaman Benang Menarik


Berapa nilai keychain di atas? Keychain ini boleh dijual dalam harga RM4.00 - RM5.00 dan kosnya tidak sampai seringgit pun. Dan jika anda menjual keychain putaran dua nama yang digantung di kereta. Anda boleh menjual sehingga RM10.00 sebuah. Lumayan kan?

Ada permintaan ke keychain sulaman benang ni? Seperti yang aku katakan awal tadi, walaupun keychain ini popular pada tahun 2010, tetapi sebenarnya keychain ini masih mendapat permintaan sehingga ke hari ini.

Belajar Cara Buat Keychain Sulaman Benang

Bagi yang berminat untuk belajar cara membuat keychain sulaman benang yang menarik, boleh lihat panduan yang disediakan oleh Hairul Hissam yang juga usahawan keychain sulaman benang. Dalam panduan itu, anda akan diajar cara membuat pelbagai bentuk keychain yang mempunyai nilai tinggi di pasaran. Dalam panduan itu juga anda akan ditunjukkan tempat untuk membeli bahan-bahan membuat keychain. 

Ok, kalau berminat dapatkan panduan itu disini - Video Ebook Cara Membuat Keychain Sulaman Benang. 









Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Ramai yang ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah tiada modal. Lagipun jikalau mahu memulakan perniagaan sendiri banyak kerja dan proses yang perlu dilalui sebelum kita dapat memulakan perniagaan. Dropship merupakan salah satu langkah untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa perlu memeningkan kepala untuk set up perniagaan serta menyediakan penyata kewangan pada akhir tahun.

Menyediakan penyata kewangan yang tepat agak rumit sebenarnya. Oh ya, software perakaunan ini mungkin dapat membantu anda untuk menyediakan perakaunan yang tepat dengan cara yang senang.Ok, berbalik pada cerita asal, dropship adalah salah satu cara buat duit online pada tahun 2015. Bila dah jadi dropship ni tak perlu pening kepala nak fikirkan modal. Sistem dia pun senang.

Kelebihan Menjadi Dropship

Bila anda menjadi agen dropship, anda tidak perlu mengeluarkan modal satu sen pun. Ya, ini memang betul. Kerja dropship hanyalah mempromosikan produk peniaga yang telah kita pilih. Malahan kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan ke atas sesuatu produk dan mendapat keuntungan yang lebih. Tapi kalau nak letak harga yang tinggi pun biarlah logik mengikut pasaran semasa.

Selain daripada tidak mengeluarkan modal, agen dropship juga tidak perlu menyimpan stok yang bertimbun-timbun. Jadi isu dimana untuk menyimpan stok tidak timbul. Apabila kita tidak menyimpan stok, tidak perlu risau untuk mengalami kerugian jika berlaku kemungkinan stok rosak.

Aku rasa ini part yang semua orang suka. Sebagai agen dropship, anda akan diberi diskaun jika anda sendiri membeli produk yang tersebut daripada peniaga. Malahan jika membuat jualan yang banyak anda akan turut diberi bonus. Siapa tak suka kan.

Dropship

Kenapa Dropship Tidak Berjaya

Tetapi bukan semua yang jadi dropship ini berjaya. Ada dikalangan kita yang menceburkan diri dalam dropship ini tidak berjaya seperti yang diimpikan. Contohnya mungkin orang yang berada disekeliling anda dan juga di kalangan aku sendiri.

Selepas diteliti, antara sebab kenapa tidak berjaya dalam dropship adalah kurang atau tidak memiliki ilmu dalam dropship. Dalam mana-mana perniagaan pun, ilmu adalah sangat penting. Korang tahu sendiri kan macam mana pentingnya ilmu dan bagaimana terjadi jikalau kurangnya ilmu. 

Oleh itu, aku cadangkan ebook dropship ini dijadikan panduan bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Ebook ini amat sesuai untuk golongan newbie yang baru memulakan dropship. Dalam ebook ini korang akan didedahkan mengenai dropship secara terperinci. Selain itu, ebook ini mengandungi tips dan cara untuk memilih peniaga atau supplier yang betul serta memilih produk yang hangat dipasaran. 

Banyak lagi ilmu, tips dan cara yang akan didedahkan dalam ebook dropship ini. InsyaAllah selepas membaca ebook ini dan berbekalkan usaha, anda akan menjadi seorang dropship yang berjaya seperti yang lain.  







Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Siapakah pembekal bisnes di Malaysia? Bagi mereka yang sudah lama menjadi peniaga atau usahawan, pastinya sudah mengetahui pembekal mana yang boleh memberikan anda material untuk dijadikan jualan bisnes. Entri ini khas untuk anda yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu mana nak cari pembekal yang bagus. 

Sebenarnya ramai peniaga yang susah untuk mendapatkan lebih daripada satu pembekal. Ini disebabkan kebanyakan pembekal tidak memberikan maklumat yang lengkap mengenai perniagaan mereka kepada umum, jadi peniaga pun susah untuk berhubung dengan mereka.

Senarai Pembekal Bisnes

Pembekal sangat penting untuk proses kelangsungan sesuatu bisnes. Jika tiada pembekal yang boleh membekalkan bahan, maka tidak terjadi pun satu perniagaan. Anda juga perlu memberi perhatian terhadap pemilihan pembekal kerana ada segelintir daripadanya hanya menipu tanpa rasa tanggungjawab. 

150 Maklumat Pembekal

Ebook Koleksi Rahsia Senarai Pembekal di Malaysia mengandungi maklumat lengkap mengenai pembekal yang boleh dipercayai. Terdapat lebih daripada 150 senarai pembekal beserta maklumat lengkap pembekal dalam pelbagai bidang dan industri dalam ebook ini seperti :-
  • Cenderahati Korporat
  • Alat Tulis
  • Pakaian
  • Sukan & Permainan
  • Percetakan
  • Dan banyak lagi
Dengan adanya ebook ini, tiada lagi alasan 'sukar mendapatkan pembekal', bahkan dapat membantu para peniaga mencari pembekal yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin dijalankan.

Dapatkan senarai pembekal itu disini - Senarai Pembekal di Malaysia






Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Jom Aktifkan Mykad | Mykad Smart Shopper
  • Kek Oreo Cheese Guna 3 Bahan

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose