• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Kulit putih, siapa yang tidak mahu kan? Kebiasaannya aku lihat, kalau putih mesti mereka di luar sana hanya menitikberatkan putih dibahagian muka sahaja. Dibahagian badan dibiarkan gelap, sangat tak cantik mata aku tengok, macam pelik je. Nak putih mestilah seluruh badan. Aku nak memperkenalkan satu produk yang mampu putihkan kulit seluruh badan. Produk itu adalah MIKA Sakura White.

Review MIKA Sakura White

MIKA Sakura White

MIKA Sakura White merupakan supplement pemutih seluruh badan yang diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea. Ia 100% dari ekstrak semulajadi Bunga Sakura. Ekstraknya antara agen anti penuaan yang paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun dan Korea. Untuk pengetahuan anda, Bunga Sakura memiliki kandungan zat melatonin dan antioksidan yang dapat melindungi dari radikal bebas dan juga boleh mencantikkan kulit anda. 

Produk ini tidak mengandungi bahan kimia, malah ia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau akan kesan sampingan yang negatif. 

Kebaikan dan Kelebihan MIKA Sakura White

  • Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita
  • Boleh memutihkan kulit muka
  • Boleh memutihkan kulit satu badan
  • Boleh menghilangkan jerawat dan parut jerawat
  • Boleh menghilangkan jeragat
  • Boleh menaikkan seri muka
  • Paling penting, boleh memutihkan satu badan dengan cara paling mudah iaitu kunyah sahaja!

Review MIKA Sakura White
Muka makin putih sikit, cuma tinggal parut jerawat je. Hehe

Aku pun agak excited menggunakan MIKA Sakura White. Sebabnya ia menampakkan kesan seawal 2 minggu pada kulit wajah aku. Kulit aku makin putih hanya dengan makan tablet berperisa anggur ini 2 biji setiap hari. Sebenarnya aku pernah menggunakan beberapa produk sebelum ini dan kebanyakannya memberi kesan seawal satu bulan. Kalau nak dibandingkan, MIKA Sakura White lebih menjadi pilihan aku.

Cara Pengambilan MIKA Sakura White

MIKA Sakura White perlu dikemam atau kunyah sebelum makan 2 atau 1 biji sehari. Aku ambil 2 biji sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selain itu banyakkan minum air masak supaya lebih berkesan.

Perlu diingatkan, golongan dibawah ini dilarang mengambil MIKA Sakura White.
  • Ibu mengandung bawah 3 bulan
  • Ibu menyusu baby bawah 3 bulan tapi atas 3 bulan boleh
  • Ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang
  • Bawah umur 12 tahun.
Kenal Uyaina? Siapa tonton Nona Manis mesti kenal dengan Uyaina yang cantik ni. Dia pun pengguna MIKA Sakura White tau. Lihat review terbaik daripada dia.

Review MIKA Sakura White

Review MIKA Sakura White

Review MIKA Sakura White

Sememangnya MIKA Sakura White ini berkesan untuk mendapatkan kulit putih serta mengembalikan kecantikan wajah. Ada yang memberi kesan seawal 3 hari penggunaan. Memang cepat kesannya. 

Sekarang ini Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Untuk dapatkan promosi dan sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

Sis Ara dari Procrowd Holdings Sdn Bhd
Whatsapp: 013-203 7799 
Page: Rahsia Kecantikan Wanita 









Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan
Review Ephyra Skin Bar

Semakin hari aku lihat makin ramai yang menggunakan Ephyra Skin Bar ini. Ada yang dari pengguna terus menjadi pengedar. Ini disebabkan oleh keberkesanan produk ini yang telah membantu lelaki dan wanita yang mengalami masalah kulit. Aku pun turut berpeluang menjadi salah seorang pengguna produk yang diminati ramai ini. Apa pendapat aku selepas menggunakan produk ini? Baca entri ini hingga ke bawah. =)

Review Ephyra Skin Bar

Masalah kulit yang dihadapi

Masalah yang aku nak tekankan disini adalah mengenai jerawat memandangkan kebelakangan ini jerawat makin lama makin banyak pula naik di wajah aku. Sampaikan ayah aku yang tak pernah ambil port pasal kecantikan perempuan pun tegur mengenai jerawat yang makin banyak di wajah aku. Keadaan ini memang merunsingkan diri aku sebagai seorang remaja. Aku dah guna bermacam produk untuk menyelesaikan masalah ini namun jerawat tu seolah-olah dah kebal dengan semua produk itu. 

Selain dari jerawat yang menjadi musuh utama aku setakat ini, parut jerawat dan liang pori yang besar juga menyebabkan kulit muka aku kurang cantik bila dipandang. Hehe. Bila nak keluar tu terpaksa lah pakai mekap tebal-tebal sebab nak tutup parut jerawat. Tetapi, walau pakai mekap tebal macam mana pun, parut jerawat tetap tak boleh disorok. Oh man!! -_-

Kesan Penggunaan Ephyra Skin Bar

Sepanjang hampir 3 minggu menggunakan Ephyra Skin Bar secara konsisten, kulit muka aku mengalami perubahan yang positif. Pada minggu pertama menggunakan ESB ini, aku dapat lihat liang pori makin mengecil. Parut jerawat pula mula pudar semasa aku menggunakan ESB pada minggu kedua. Parut jerawat yang lama ini mungkin makan masa untuk hilang sepenuhnya manakala jerawat yang baru naik di wajah juga turut mengecut dengan cepat. Ternyata jerawat pada wajah aku ni tak kebal dengan ESB. Haha. Lagi satu, lepas korang cuci muka pakai ESB, kulit akan rasa tegang dan lembut.

Review Ephyra Skin Bar
Sebelum dan selepas 18 hari penggunaan Ephyra Skin Bar 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, secara keseluruhannya Ephyra Skin Bar sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kulit wajah yang aku hadapi. Sememangnya aku amat gembira dengan perubahan ini. Lepas ni tak perlu lagi runsing nak pakai produk apa untuk menyelesaikan masalah kulit wajah. Ephyra Skin Bar kan ada!. ^_^

Review Ephyra Skin Bar
Antara testimoni pengguna Ephyra Skin Bar. Memang cantik dan gebu mereka semua kan lepas menggunakan produk ini. 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Bagi wanita, BB Cream atau foundation menjadi satu keperluan untuk kulit wajah. Kebanyakan BB Cream ini digunakan sebagai bedak asas dan untuk menutup cela. Pernah tak anda teliti muka orang yang pakai  BB Cream ini, ada yang ok dan ada juga yang nampak sememeh je. Pemilihan BB Cream yang sesuai dengan kulit dapat mengelakkan muka anda jadi sememeh. Haha. Aku nak kongsikan BB Cream yang aku suka iaitu BB Cream keluaran Seqy Beauty.

BB Cream Seqy Beauty

Fungsi dan Kelebihan BB Cream Seqy Beauty 

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia

BB Cream Seqy Beauty

Kandungan BB Cream Seqy Beauty

  • Aqua Cream
  • Beeswax
  • Cetyl Alcohol
  • Octyl Methoxycinnamate
  • Cyclopentasiloxane
  • Dimenthicone
  • Caprylic/Capric Triglyceride
  • Propylene Glycol
  • Titanium Dioxide
  • Iron Oxides
  • Sodium Chloride
  • Phenoxyethanol

Pengalaman Sendiri

Sebenarnya aku jarang dan agak tak suka pakai bb cream atau foundation. Disebabkan muka aku jenis yang agak berminyak, bila pakai bb cream ni muka akan jadi lebih berminyak. Lagi satu, bila dah lama pakai bb cream, kulit muka akan jadi bertompok, yang paling ketara nampak bertompok tu di bahagian bawah mata. Mesti korang pun pernah alami macam ni kan?

Apabila aku menggunakan BB Cream Seqy Beauty ni, lain sangat rasa dia. Rasanya lebih ringan seperti tak pakai apa-apa pun. Kalau pakai bb cream sebelum ni 10 inci rasa ketebalannya. Haha. Cuaca yaang agak panas kebelakangan ini membuatkan kulit makin berminyak dan berpeluh. Tapi sejak pakai BB Cream Seqy Beauty, muka dah kurang berminyak dan bila berpeluh kulit nampak lebih glowing tau. Sekarang ni kalau keluar hanya perlu pakai bb cream ni, kalau rajin sikit pakai la bedak compact.

 BB Cream by Seqy Beauty
Gambar kanan terlebih pencahayaan pulak -_-

Jadi aku sangat syorkan BB Cream Seqy Beauty ini kepada anda terutama mereka yang mempunyai kulit berminyak dan susah untuk mencari bb cream yang sesuai.



Untuk dapatkan bb cream ini boleh ke :-
Facebook : Seqybeauty
Instagram  : @seqybeauty
Website : seqybeauty.blogspot.com

Harga :-
RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)





















Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
GLA Complex Shaklee

Review GLA Complex Shaklee | Produk Shaklee memang sudah tidak asing lagi dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Pelbagai supplement dan vitamin telah diperkenalkan untuk membantu golongan wanita dan lelaki serta kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dan untuk sentiasa tampil cantik. Aku sudah lama ingin menjadi pengguna produk shaklee, kali ini baru berkesempatan. Produk pertama yang aku cuba adalah GLA Complex. 

Kelebihan GLA Complex

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkn immuniti badan
  • Memperlahankn process penuaan
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol
  • Bagus untuk saraf.

GLA Complex Shaklee

Kandungan Utama GLA Complex

  • Minyak borage - mengandungi 17%-25% kandungan GLA
  • Vitamin E - membantu untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dengan memelihara intergriti sel
  • Omega 6 - membentukkan prostaglanding. Prostaglanding merupakan hormon yang mengawalatur proses badan secara normal 
Untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex ini, anda boleh search google sendiri. Ramai shaklee distributor yang berkongsi kebaikan GLA ini di blog mereka.

GLA Complex Shaklee

Review Terbaik

Aku memang tiada masalah period yang tidak teratur, cuma bila period tu akan ada masalah senggugut, sakit pinggang dan rasa lenguh dari pinggang ke bawah. Pada waktu ini, emosi pun kurang stabil, selalu rasa nak marah, muka sentiasa masam je, ditambah dengan sakit perempuan tu, makin mencuka la muka aku. Haha. Kadang-kadang, hari yang berbunga akan jadi suram dan agak mengganggu kerja harian aku. Rasa macam nak mereput je atas katil bila datangnya period.

Aku baru amalkan GLA Complex dalam 2 minggu dan minggu ketiga tu aku datang period. Memang jangkaan aku pun akan datang period minggu tu. Sepanjang period, senggugut dah tiada tetapi pinggang dan lenguh masih lagi terasa sakitnya. Sangat bersyukur, walaupun tak hilang sepenuhnya, tetapi kesakitan tu dah berkurangan berbanding sebelum ini. 

Lagi satu, GLA Complex ni sesuai juga untuk mencantikkan kulit. Bagi yang mengalami masalah jerawat boleh cuba supplement ini. Jerawat naik mungkin disebabkan hormon yang tidak stabil. GLA ini juga membantu menstabilkan hormon anda dan mengurangkan jerawat. Muka aku sebenarnya memang dah lama diserang jerawat, dan semenjak 2 minggu ini aku mengamalkan GLA aku nampak perubahan pada muka. Jerawat dah kurang naik dan jerawat 'aktif' mula mengering. 

Itu baru 2 minggu pakai, dah ada perubahan yang positif. Kalau pakai sebulan, dua bulan? Mesti dapat kesan yang terbaik kan? Ishh, tak sabar. Haha. 


Website : www.shaklee.com.my








Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Lactacyd Feminine Wash
Miss V merupakan bahagian sensitif wanita. Kalau tak dijaga boleh mengakibatkan penyakit yang kita tak jangka. Oleh sebab itu, produk Lactacyd dicipta khas untuk menjaga bahagian intim wanita. Lactacyd Feminine Wash diformulasi untuk memberikan kebersihan, kesegaran dan keselesaan untuk wanita supaya tampil lebih yakin dalam menjalani kehidupan seharian.

Kenapa Perlu Pilih Lactacyd

  • Mengandungi formula semulajadi
  • Jenama kebersihan feminin nombor 1 di seluruh dunia
  • Diuji secara klinikal
  • Dpercayai setiap generasi
  • Diuji oleh pakar dermatologi
Baru-baru ini aku dapat sample produk Lactacyd Feminine Wash. Sebenarnya aku dah lupa bila request sample ni sebab dah lama sangat baru sampai kat tangan aku. Hehe. Aku dapat 4 sample daripada 5 produk itu, yang warna pink aku belum mencubanya lagi.

Lactacyd Feminine Wash


Lactacyd Feminine Wash 
Lactacyd White Intimate 

Berpeluh dan geseran yang berlebihan daripada pakaian yang ketat akan menggelapkan kulit di sekitar kawasan intim. Lactacyd White Intimate diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti tumbuhan berasaskan Actipone - B dan marin berasaskan Algowhite yang mampu mencerahkan kawasan di sekitar Miss V dalam masa 4 minggu. Tambahan pula dengan adanya formulasi khas susu lactoserum semulajadi dan asid laktik dapat mengekalkan keseimbangan pH Miss V anda.

Lactacyd Feminine Wash
Lactacyd Revitalize

Bagi wanita yang sudah berkahwin atau melahirkan, anda mungkin merasa Miss V sudah tidak seperti anak dara lagi, hehe. Jangan risau, Lactacyd Revitalize yang menggunakan Vitamin E dan kologen sebagai kandungan utama, dapat melembut dan menganjalkan  Miss V supaya anda sentiasa merasa muda remaja.

Lactacyd Feminine Wash
Lactacyd Soft & Silky

Kekeringan Miss V boleh membuat bahagian sensitif terdedah kepada ketidakselesaan. Lactacyd Soft & Silky diperkaya dengan tambahan 10 % pelembap susu sebagai pelembapan tambahan untuk menyuburkan dan melicinkan kawasan intim untuk keselesaan dan keyakinan. Produk ini telah diuji selamat oleh pakar dermatologi. Jadi anda tidak perlu risau akan kesan sampingan. Aku sangat suka bau dia yang tersangat wangi dan tahan lama.

Lactacyd Feminine Wash
 Lactacyd All Day Fresh

Lactacyd All Day Fresh dirumus khas menggunakan pati herba untuk perlindungan Miss V anda dari bau dan rasa tidak selesa. Bagi wanita yang menjalani kehidupan aktif,  Lactacyd All Day Fresh sememangnya sesuai untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari

Dulu ada orang pernah cakap kat aku, sabun atau gel mandian badan tidak sesuai digunakan untuk mencuci Miss V kerana kandungannya mungkin tidak sesuai untuk bahagian sensitif kita. Kalau difikir sedalam-dalamnya mungkin betul. Jadi lebih baik kita guna pencuci khas yang direka untuk Miss V yang sensitif.


Untuk maklumat lanjut atau request sample boleh ke 
 Website :  www.lactacyd.com.my
Facebook :  https://www.facebook.com/lactacydloveyourv/timeline
Youtube : https://www.youtube.com/user/LactacydAsia



Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Ada segelintir daripada kita mesti mengalami masalah blackhead dan whitehead di wajah. Sudah tentu anda merasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang. Sama kes juga kalau ada jerawat pada wajah, lagi lah kurang keyakinan.

Walaupun anda sudah tau tetapi aku nak terangkan juga apa itu blackhead dan whitehead. Whitehead adalah bintik-bintik kecil,berwarna putih terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit manakala blackhead pula adalah bintik-bintik berwarna hitam yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan. Blackhead merupakan kotoran yang tidak boleh dicuci begitu sahaja kerana sudah hampir sebati dengan sel kulit.

Aku telah mencuba satu produk untuk menghilangkan blackhead serta whitehead dan yang pasti ia berkesan. Produk itu adalah Masker Vietnam.

Masker Vietnam
Masker Vietnam

Satu botol 22gram ini boleh digunakan sebanyak 20 kali. Masker Vietnam ini perlu dipakai 2-3 kali sahaja seminggu. Tetapi aku hanya pakai bila blackhead datang balik. Kalau takda tak pakai, hehe.

Fungsi Utama

  • Membasmi dan menanggalkan bintik-bintik hitam hingga ke akarnya (100% dijamin berhasil)
  • Tidak mengelupaskan kulit
  • Tidak membesarkan pori
  • Mengandungi zat untuk menghaluskan dan melembabkan kulit wajah

Cara Penggunaan

  • Cuci muka dengan air suam agar pori-pori terbuka dan keringkan
  • Sapukan masker secara nipis pada wajah
  • Tampalkan kertas yang telah disediakan pada wajah yang telah disapu masker  tadi
  • Biarkan sehingga 10-15minit atau sehingga kering
  • Tarik dan tanggalkan kertas perlahan-lahan untuk mengelakkan sakit
  • Cuci muka dengan air dingin agar pori-pori tertutup semula. 
Selepas pakai rasa ringan dan licin je muka. Masker Vietnam ini sememangnya berkesan untuk menanggalkan blackhead dan whitehead. Nak tengok hasilnya? Boleh refer gambar dibawah. Eeeww, geli tau tengok. Banyak juga blackhead kat muka aku ni -_-

Masker Vietnam

Masker Vietnam
Bulu roma pun dia sapu sekali 





Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Newer Posts
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel
  • Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose