• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Hari - hari keluar iklan mengenai Chilindo kat facebook. Rakan facebook, rakan blogger pun ramai yang kongsikan mengenai web Chilindo. Jadi, aku pun terjebak la jugak. Iman tak kuat nak menahan godaan. Haha. Biasa lah, perempuan kan. Kalau bab shopping dia orang pertama yang tahu kalau ada sale, barang murah, atau tempat shopping baru.

Bagi yang pertama kali dengar, Chilindo ni merupakan pusat shopping online macam Zalora dan Lazada. Tetapi yang membezakannya adalah, di Chilindo korang perlu membida barang tersebut. Jika menang bida, baru boleh beli. Faham kan bagaimana bida berfungsi?

Chilindo

Ok, aku berjaya bida beberapa barang tapi at the end dua barang sahaja aku beli. Hihi. Dua barang tersebut adalah :-
  • Beg Duffle Neat
  • Tongkat Selfie
Nanti aku tunjuk gambar kat bawah kalau ada antara korang yang masih belum terbayang barang apa yang aku beli. Hehe

Kualiti Barang

Apabila membeli barang, tentu lah kualiti yang kita paling titik beratkan. Lebih-lebih lagi kalau barang tu murah, mesti kualiti dipersoalkan. Di Chilindo, ada yang berjaya bida dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran tau.

Jadi ok ke tidak barang dari Chilindo?
Berbaloi ke beli?

Setakat dua barang yang aku dapat tu, so far ok lah. Takda apa-apa masalah semasa sampai kat tangan aku.

Beg Duffle Neat

Beg Duffle

Beg ni aku berjaya bida dengan harga RM 11.70 sahaja. Murah la tu bagi aku. Haha. Beg ni sesuai la kalau korang nak pergi short vacation, sumbat dua tiga helai baju. Untuk pergi gym pun boleh. Nampak bergaya gitu kan.

Tongkat Selfie

Monopod

Tongkat Selfie ni pulak aku berjaya bida dengan harga RM 10.60. Tongkat ni 2 in 1 ya. Boleh buat monopod dan lagi satu korang boleh stand kan tongkat tu sebab dia ada tiga kaki yang boleh seimbangkan tongkat tadi. Kalau yang suka buat video, sesuai sangat la guna monopod yang boleh stand

Dua-dua barang ni aku memang puas hati dan berbaloi beli. Jadi, korang yang berkeinginan untuk bida dua barang ni, sila lah bida tanpa ragu-ragu. Hihi

Penghantaran dari Chilindo

Penghantaran Chilindo boleh dilakukan melalui pos atau nak Cash On Delivery (COD) pun boleh. Kalau nak dihantar melalui pos, caj penghantaran dikenakan sebanyak RM 8 dan jika korang memilih untuk COD, caj penghantaran RM 12 akan dikenakan. Beli banyak-banyak pun caj pengantaran tetap sama ok, takda caj tambahan lain dah. Sebab tu lagi berbaloi kalau kita order banyak-banyak terus kan.

Jadi, aku memilih penghantaran menggunakan pos ke Terengganu. Penghantaran dilakukan oleh Ninja Van. Jadi jakun kejap pertama kali terima penghantaran dari Ninja Van. Haha. Biasa kalau courier lain kena sign dan tulis nombor ic pada kertas dia tu kan, tapi Ninja Van tak perlu tulis, terus sign kat handphone dia. Dah maju sekarang kan.

Lepas dapat parcel tu, aku check sekali lagi tracking kat website dia. Hasilnya, nampaklah signature yang ntah apa-apa. 

Ninja Van
Seriously, sign kat kertas  lagi jauh beza 









Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Ephyra Skincare Series adalah set penjagaan wajah yang terkini daripada jenama terkenal Ephyra selepas kejayaan mereka untuk produk minuman kolagen Ephyra. Melalui produk terkini mereka iaitu pelembap muka Ephyra Skin Snow, Ephyra Skincare Series sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Care Series

Set ini mengandungi : 
* Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka) 
* Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi) 
* Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)


Ephyra Skin Bar


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Bar adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi tnapa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara produk terhangat untuk jenama Ephyra. Sabun ini bukan cuma wanita sahaja boleh menggunakannya, lelaki pun boleh. Malah ia boleh digunakan untuk seluruh badan.

Kelebihan Ephyra Skin Bar 
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi 
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Produk ini bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat 
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata 
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur 
  • Mencerahkan kulit kusam 
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn

Ephyra Skin Snow Advanced White Repair 


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Snow adalah produk yang paling latest. Ia merupakan pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Pelembap ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, lelaki dan perempuan. Tiada paraben, hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. 

Geno White 
Geno white adalah teknologi “SMART PEPTIDE” yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit daripada sinaran UV. Tetapi terlalu banyak melanin aktif akan menjadikan kulit berjeragat, bintik hitam dan banyak masalah kulit lain sehingga paling serius adalah kanser kulit.

Kelebihan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair 
  • Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah 
  • Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari 
  • Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
  • Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection) 
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat 
  • Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus dan jeragat) 
  • Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda dan bersih.

Pengalaman Sendiri Menggunakan Ephyra Skin Care Series


Kulit muka aku ni macam dah hampir complete dengan masalah. Kulit berminyak, kusam, liang pori besar, jerawat dan yang paling stress adalah parut kehitaman. Asal jerawat naik je, tangan memang tak boleh duduk diam, mesti nak picit-picit dan tinggal lah parut kehitaman. Parut jerawat nak ada senang je tapi bila nak hilangkan punya lah payah. Makan masa berbulan juga untuk hilangkannya.

Ephyra Skin Care Series
Parut jerawat makin berkurang.
      
Selepas 2 minggu lebih aku menggunakan Ephyra Skin Care Series secara konsisten, masalah kulit yang aku alami makin berkurang. Liang pori makin mengecil dan parut jerawat makin kurang. Yang paling aku suka muka dah kurang berminyak. Kalau sebelum ini, guna produk untuk kulit berminyak pun tetap tak nampak hasil. Tapi dengan Ephyra Skin Care Series, masalah tu dah settle.

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Harga Ephyra Skincare Series adalah :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) 

Ini adalah harga untuk set. Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza iaitu : 

EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS) 
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS) 
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)

*Digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat. 

Maklumat lanjut : 
FB : www.facebook.com/oceanlife2u
IG : @ephyra2u 
Website : Sedang dikemaskini.


Share
Tweet
Pin
Share
7 ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ephyra Skincare Series

Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra. 

Ephyra Skincare Series

Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah. Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius. 

Ephyra Skincare Series

“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” 

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini. 

Ephyra Skincare Series

Pengarah Urusan dan Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair dan Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar. 

Serum yang berteknologi Nano dan dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan. 

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza dan Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik terkini adalah Ephyra menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra. 

Ephyra Skincare Series

Hari tu aku baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Sedang elok nak Hari Raya kan, sempat la nak nampak cantik dan berseri nanti. Hehe. Excited nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Ok, tunggu aku bagi review nanti ye. ^_^

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : www.instagram.com/ephyra2u
Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889








Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Jenama Ephyra memang tidak asing lagi bagi aku. Sudah terlalu ramai yang berkongsi mengenai keberkesanan produk-produk yang dikeluarkan di bawah jenama ini. Kali ini keluar lagi satu produk terbaru iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Kiranya aku antara orang yang terawal menggunakan Ephyra Skin Nano. Agak tak sabar juga rasanya nak mencuba produk ini sebab aku belum pernah menggunakan mana-mana serum setakat ini. Jadi, ini merupakan kali pertama nak merasa pakai serum. Haha.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Produk ini bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Pada Kulit 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Serum ini memberikan tiga manfaat kepada kulit iaitu:

Memulihkan : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda. 

Memperbaharui : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

Melindungi : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

10 Kesan nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1.  Mengecutkan jerawat 
2.  Menghilangkan parut jerawat dan jeragat 
3.  Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur 
4.  Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5.  Mencerahkan kulit kusam 
6.  Memperbaiki tona kulit tidak sekata 
7.  Mengekalkan kelembapan wajah 
8.  Menghilangkan lebam bawah mata 
9.  Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah

Melihat pada kesan nyata Ephyra Skin Nano ini, memang sesuai sangat la aku menggunakannya sebab sekarang ini kulit muka aku naik jerawat dan meninggalkan parut yang kehitaman. Macam tau-tau pula aku nak gunakan serum ini. Berkesan ke tidak ni? Ok, nanti aku kongsikan kesannya selepas menggunakan Ephyra Skin Nano

Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1. Cuci muka dengan Ephyra Skin Bar. Guna pencuci muka lain pun boleh.
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan Ephyra Skin Nano di tangan dan apply pada muka. Tapi aku titiskan terus pada muka dan sapu rata di seluruh muka serta leher
4. Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.

Testimoni Ephyra Skin Nano Oleh Hajar Shikin

Dengan cuaca panas sekarang ini, memang patut kita menggunakan produk-produk yang tidak mudah berminyak seperti Ephyra Skin Nano ini. Aku paling suka bila apply serum ini di muka. Rasanya seperti ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Dah nama pun menggunakan teknologi nano, mestilah cepat meresap masuk ke lapisan kulit.

Lepas beberapa hari menggunakan serum ini dan hasilnya macam gambar kat bawah tu.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Nampak makin kecut kan jerawat tu. Kira ok la. Belum cukup seminggu sudah nampak kesan positif pada kulit yang bermasalah. Lagi satu, lepas apply serum ini, kulit rasa tegang tapi lembap dan kurang berminyak dah.

Kalau diuji pada jerawat di muka aku ini, memang lulus dah. Berkesan untuk mengecut dan menghilangkan jerawat. Tapi kalau bab parut jerawat tu, aku masih belum nampak kesan dia. Mungkin sebab masih baru menggunakan serum ini, tak sampai seminggu pun. Parut tu mungkin makan masa sikit.

Keseluruhannya, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum memang aku syorkan untuk anda yang mengalami kulit bermasalah seperti jerawat. Kalau ada masalah kulit lain pun boleh juga cuba serum ini, sebabnya ia mempunyai 10 kelebihan dalam memulihkan kulit wajah anda.





Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 
www.oceanlife2u.com 
atau 
Whatsapp ke : 019 - 7373770 / 019 -3800779 
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai/toko jamu. 


*Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577



Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Semua orang tau, rambut merupakan mahkota wanita. Oleh sebab itu, semua wanita nakkan rambut yang cantik dan sihat. Tetapi kebanyakan wanita akan mengalami masalah-masalah rambut seperti rambut kering dan nipis. Bila rambut nipis agak payah juga nak pelbagai gaya rambut. 

Dove Volume & Nourishment

Bagi wanita yang mengalami masalah rambut kering dan nipis, kini korang boleh memiliki rambut yang tebal dengan menggunakan produk rangkaian yang agak baru dipasaran, iaitu Dove Volume & Nourishment.

Produk penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment merupakan satu ciptaan baru daripada Dove yang menggunakan Teknologi Oxyfusion. Formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen yang mampu menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan yang mendalam serta menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%.

Dove Volume & Nourishment
Shampu Dove Volume & Nourishment

Aku juga  berpeluang menggunakan produk ini. Sudah hampir sebulan, dan alhamdullilah boleh nampak kesan yang positif pada rambut. Rambut lebih lembut dan tebal, lebih-lebih lagi apabila rambut diikat, aku dapat rasa ketebalannya lain macam dari sebelum ini. Haha. Tapi apa yang penting, walaupun makin tebal tetapi rambut tetap rasa ringan. 

Dove Volume & Nourishment
Perapi Dove Volume & Nourishment

Lagi satu, selepas menggunakan shampu dan perapi Dove Volume & Nourishment, rambut aku lebih senang diurus. Takda dah rambut kusut-masai walaupun libas-libas rambut sampai pening. Tetapi kesan volumenya cuma bertahan sehingga 1-2 hari sahaja. 

Walau apa pun, Dove Volume & Nourishment masih boleh dikategorikan sebagai recommended product sesuai dengan harganya. Jadi bagi wanita yang mengalami rambut kering dan nipis, boleh la mencuba produk penjagaan rambut ini.

www.dovehair.com.my







Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
BB Cream merupakan satu keperluan kulit wajah bagi wanita. Kebanyakan BB Cream ini digunakan sebagai bedak asas dan untuk menutup cela. Pemilihan BB Cream yang sesuai dengan kulit penting supaya wajah anda cantik dipandang. Haha. Aku nak kongsikan BB Cream yang terbaik pernah aku guna iaitu BB Cream Nurrull's Beauty.

BB Cream Nurrull's Beauty

Kandungan BB Cream Nurrull's Beauty 

  • Pearl Extract - Pearl mengandungi protein dan element mikro yang bertindak sebagai agen anti penuaan. Antara kelebihan dan maanfaat lain Pearl extract adalah agen anti penuaan, antioksida, agen pemutih kulit dan agen pelembut kulit.
  • Glutathione - Glutathione (GSH) merupakan produk antioksidan sempurna yang diakui para ahli di seluruh dunia. Ia berfungsi mencantik dan menyihatkan kulit, meneutralkan radikal bebas dan membunuh racun-racun yang ada di dalam tubuh sekaligus mampu untuk menjadikan kulit lebih halus dan cantik.
  • Aloe vera - Aloe vera secara teknikalnya merupakan medium yang baik untuk rawatan kulit dan bersifat antimikrobial. Penggunaan aloe vera sebelum make up boleh mencegah kulit dari kekeringan. Ia juga dapat membantu merawat masalah kulit berjerawat kerana sifatnya sebagai antimikrobial yang boleh membunuh bakteria yang mengakibatkan keradangan kulit.
  • Stemcell Grape - Stemcell merupakan bahan yang paling baik berfungsi sebagai anti-penuaan. Malah membantu untuk menghaluskan dan menganjalkan kulit. Mengurangkan garisan dan kedutan halus di wajah.
  • Vitamin C dan E - Vitamin C berfungsi sebagai agen pemegang air maka, kulit akan sentiasa segar dan lembab. Vitamin C jugak adalah perisai bagi kulit terhadap sinaran matahari. Vitamin E pula berfungsi untuk mengekal kelembapan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dan paling penting mempercepatkan process penyembuhan luka.
BB Cream Nurrull's Beauty Review

Fungsi BB Cream Nurrull's Beauty 

  • Mencerah dan menggebukan wajah
  • Menutup cela dan pori
  • Memberikan kesan flawless seawal 1 minit
  • Tahan 16 jam
  • Merawat sel - sel kulit mati
  • Merawat kulit muka dari dalam pori
  • Oil free
  • Sesuai untuk kulit normal dan sensitif

BB Cream Nurrull's Beauty Review
Selepas menggunakan BB Cream Nurrull's Beauty 

Aku memang ada menggunakan satu produk BB Cream sebelum ni. Produk tu memang bagus, sesuai dengan kulit muka aku. Tetapi selepas menggunakan BB Cream Nurrull's Beauty, rupa-rupanya ia lagi bagus dari produk yang aku guna sebelum ni. Hihi. 


Apa yang aku suka sangat dengan BB Cream ini adalah :-

  • Tidak berminyak. Antara banyak - banyak bb cream yang aku pernah guna, kebanyakannya berminyak. Tetapi BB Cream Nurrull's Beauty paling aku suka kerana tidak berminyak. Bila apply bb cream ni, rasanya seperti ia meresap ke dalam kulit
  • Tahan lama. Pakai bb cream ni dah tak perlu touch up banyak kali. Pakai sekali waktu pagi, dah boleh tahan seharian. 
  • Dapat menutup parut dan cela. Dengan hanya apply nipis bb cream ni, parut jerawat di pipi aku dapat diselindungkan.

Anda boleh dapatkan BB Cream Nurrull's Beauty dengan menghubungi :-

Norhafizah Bt Mohd Alwi
Whatsapp : 012 3756461
Blog : rianalittlecuties.blogspot.my
Facebook : Norhafizah Alwi
Instagram : norhafizahalwi
Email : rianalittlecuties@gmail.com





Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose