• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Artikel pertama selepas menghilang.



Ya, setelah sekian lama menghilang. Sebenarnya bukan hilang sangat pun, ada dan wujud je di alam realiti. Meneruskan kehidupan harian seperti biasa, cuma aku lama menghilang dari update blog dan kurang expose diri di media sosial.

Kenapa menghilang? Sakit ke? 
Alhamdulillah, setakat ini sihat walafiat. Diberi kesihatan yang baik untuk melakukan kerja seharian. Cuma selama aku bekerja makan gaji, masa untuk ambil tahu pasal blog agak terbatas. Kerja 12 jam sehari dan bila balik kerja, kau cepat tewas kalau nampak katil, terus terbayang tidur, terbayang nikmatnya rehat atas katil☺

Since aku dah resign baru-baru ini, jadi boleh lah fikir untuk berblog semula dan cari cara nak naikkan income online dan berblogging. Kalau korang ada job, boleh la contact aku lepas ni. Haha

Hajar Shikin

Motif letak gambar sendiri? 
Kot la korang dah tak kenal muka aku, kan lama menghilang. Yang tak kenal lagi boleh la berkenalan lepas ni. Hihi. 

Hampir setahun tak practise buat artikel panjang-panjang. Nak siapkan satu artikel ni pun gigih tau. Ya, Allah punyalah payah nak siapkan. Seharian buat artikel yang cinonet ni. Betul la orang kata, practise make perfect. Kalau lama sangat tak buat sesuatu pekerjaan tu, lepas tu kita nak start balik memang jadi macam aku lah. Rasa sengsara sangat nak habiskan satu perenggan. Haha

Rasanya setakat ini dulu lah sebagai artikel permulaan selepas lama menghilang. Harap lepas ni aku makin bersemangat dan konsisten untuk update blog. Paling 'rajin' sangat sebulan sekali wajib update. Kalau boleh nak update setiap hari kan? Kuikui.







Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Rasa agak ketinggalan kalau buat ucapan Aidiladha hari ini. Haha. Biarlah, masih dalam mood raya lagi ni. Hari ni merupakan raya kedua Aidiladha. Ada yang sudah bekerja dan masih bercuti. Siapa yang sudah bekerja, anda seorang yang hebat. =)

Salam Aidiladha

Tahun ni aku menyambut Aidiladha di Terengganu. Mestilah wajib sambut kat sini, dah kampung aku kat sini. Mak ayah aku memang orang sini. Mana ada kampung lain lagi dah. Haha. Ramai orang cakap, kalau sambut Aidiladha di negeri pantai timur mesti meriah. Meriah juga, tapi tak semeriah zaman aku kecil-kecil dulu. 

Alhamdulillah juga, tahun ni tok ki (atuk) aku belah ayah ada bahagian korban juga. Jadi hari Khamis tu semua sedara belah ayah aku ni pakat gotong-royong buat makan-makan sikit hasil daging korban. Biasalah duduk rumah kampung, kebanyakannya tinggal sekelompok. Rumah sebelah-menyebelah antara rumah aku, mak sedara, bapak sedara, sepupu-sepapat. Agak meriah la kan bila tinggal sekelompok macam gini.

Bila musim raya atau musim cuti, memang tak sah kalau takda kenduri kahwin. Hari ni memang ramai sangat yang kahwin termasuklah kawan sekolah aku. Siang tadi baru akad nikah. Tahniah. Barakallah Apik dan isteri.

Ok, last but not least. Aku nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua umat islam terutama rakan blogger, rakan alam maya dan sesiapa yang mengenali diri aku. Tak lupa juga kepada yang mengambil kesempatan cuti ini untuk melangsungkan perkahwinan. Tahniah aku ucapan. Moga pernikahan kalian diredhai oleh-Nya. Amin. =)


Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Alam sekolah adalah alam yang paling seronok dan kelakar bila dikenang. Disanalah kita mula belajar berkawan, dan yang paling indah sebenarnya adalah apabila persahabatan itu kekal sehingga dewasa dan bila bertemu kembali dapat pula mengenang kisah-kisah lama yang banyak meninggalkan memori.

Sebelum ini pernah juga buat reunion untuk batch kami, tapi kali ini buat pertama kalinya kitorang buat reunion khas untuk kelas 5A Sekolah Menengah Agama Setiu sahaja sekaligus meraikan salah seorang daripada kami yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir.

Reunion SMAS Batch 1993

Selepas tamat SPM, masing-masing bawa haluan sendiri, lebih kurang 5 tahun juga la tak bersemuka. Kalau yang rumah dekat-dekat tu boleh la jumpa selalu dan kalau yang jauh pula, pada masa inilah peluang terbaik untuk berjumpa demi merapatkan lagi ukhwah sesama kita. 

5 tahun satu jangka masa yang agak panjang, masing-masing pun dah ada perubahan fizikal. Haha. Ada yang makin sihat, makin kurus pun ada dan of course la makin ayu, makin cantik, makin hensem semua. Cuma satu je yang tak berubah, perangai. Perangai masih macam dulu, suka buat lawak, suka gelak, suka mengusik. Haishh..rindunya zaman sekolah dulu. 

Sebenarnya banyak ambil gambar hari tu, tapi cuma dibawah ini je yang dirasakan segak, cantik, sopan, ayu dan sesuai untuk tatapan umum. Haha. 

Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Wajah bakal terbang ke Mesir

Walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri, tetapi pertemuan ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Kebanyakan daripada kami masih belum berkahwin, dan aku harap seandainya ada rezeki lagi buat reunion pada masa akan datang, aku nak tengok diaorang dah beranak-pinak. Haha, mesti meriah.









Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Tahun ini aku cuma dapat 2 kad raya. Hehe. Sikit sangat kan? Tapi at least ada juga sebagai tanda ingatan dari rakan blogger. Terima kasih Kak Uzu dan Aten untuk kad raya yang cantik-cantik tu.

Kad Raya Blogger Uzu Emas Putih

Kad raya dari 
Kak Uzu ( Emas Putih )
www.kisahemasputih.com

Kad Raya Blogger Aten Fatin Bella

Kad raya dari
Aten
www.fatinbella.com

Bila cakap pasal kad raya ni, teringat waktu dulu-dulu pernah dapat kad raya istimewa dari seorang kawan. Kenapa istimewa sangat? Sebabnya kad raya tu dia buat sendiri by hand, takda beli ataupun order. Beberapa tahun juga kami saling bertukar kad raya buatan sendiri, tapi sejak zaman teknologi ni ambil alih, kami lebih prefer pakai teknologi. -,- Kadang-kadang bila tengok balik kad raya tu..aduhh, kenangan sungguh. 

InsyaAllah raya tahun depan, kalau umur masih panjang, aku pun nak order kad raya sendiri lah. =)










Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 | Walaupun hari ini kita sudah selesai menyambut 1 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam. Hari Raya disambut sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan pada bulan ramadhan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini juga aku ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada terkasar bahasa tersilap bicara terutama buat rakan blogger dan pembaca blog ini. Kita semua manusia biasa yang pastinya akan membuat silap, dan Hari Raya ini adalah saat yang tepat untuk kita saling bermaaf-maafan.

Semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dan dirahmati oleh-Nya.











Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Ramadhan 2015
credit 

Alhamdulillah, pada 18 Jun 2015 ini bermula lah bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harap dapat dipanjangkan umur untuk merasa bulan Ramadhan pada tahun ini, tak lama dah, hari khamis ni je pun. 

Hari ini diberikan sedikit kekuatan untuk update blog. Disebabkan demam, jadi keadaan tak mengizinkan sangat. Hari ni baru rasa ok sikit, kalau sebelum ni rasa nak landing je atas katil. Semua family aku kena demam, aku pun tak kuat bila dikelilingi orang yang tak sihat ni. Hehe. Jadi berjangkit la sekali. Harap dapat pulih sepenuhnya puasa ni.

Terima kasih juga pada yang masih sudi singgah sini. Nanti aku blogwalking pelan-pelan ke blog korang.

Harap bulan Ramadhan kali ini kita semua berpeluang kutip pahala banyak-banyak. Tahun depan belum tentu diberi kesempatan untuk merasa Ramadhan Al-Mubarak lagi. 









Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Jom Aktifkan Mykad | Mykad Smart Shopper
  • Kek Oreo Cheese Guna 3 Bahan

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose