• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Artikel pertama selepas menghilang.



Ya, setelah sekian lama menghilang. Sebenarnya bukan hilang sangat pun, ada dan wujud je di alam realiti. Meneruskan kehidupan harian seperti biasa, cuma aku lama menghilang dari update blog dan kurang expose diri di media sosial.

Kenapa menghilang? Sakit ke? 
Alhamdulillah, setakat ini sihat walafiat. Diberi kesihatan yang baik untuk melakukan kerja seharian. Cuma selama aku bekerja makan gaji, masa untuk ambil tahu pasal blog agak terbatas. Kerja 12 jam sehari dan bila balik kerja, kau cepat tewas kalau nampak katil, terus terbayang tidur, terbayang nikmatnya rehat atas katil☺

Since aku dah resign baru-baru ini, jadi boleh lah fikir untuk berblog semula dan cari cara nak naikkan income online dan berblogging. Kalau korang ada job, boleh la contact aku lepas ni. Haha

Hajar Shikin

Motif letak gambar sendiri? 
Kot la korang dah tak kenal muka aku, kan lama menghilang. Yang tak kenal lagi boleh la berkenalan lepas ni. Hihi. 

Hampir setahun tak practise buat artikel panjang-panjang. Nak siapkan satu artikel ni pun gigih tau. Ya, Allah punyalah payah nak siapkan. Seharian buat artikel yang cinonet ni. Betul la orang kata, practise make perfect. Kalau lama sangat tak buat sesuatu pekerjaan tu, lepas tu kita nak start balik memang jadi macam aku lah. Rasa sengsara sangat nak habiskan satu perenggan. Haha

Rasanya setakat ini dulu lah sebagai artikel permulaan selepas lama menghilang. Harap lepas ni aku makin bersemangat dan konsisten untuk update blog. Paling 'rajin' sangat sebulan sekali wajib update. Kalau boleh nak update setiap hari kan? Kuikui.







Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Rasa agak ketinggalan kalau buat ucapan Aidiladha hari ini. Haha. Biarlah, masih dalam mood raya lagi ni. Hari ni merupakan raya kedua Aidiladha. Ada yang sudah bekerja dan masih bercuti. Siapa yang sudah bekerja, anda seorang yang hebat. =)

Salam Aidiladha

Tahun ni aku menyambut Aidiladha di Terengganu. Mestilah wajib sambut kat sini, dah kampung aku kat sini. Mak ayah aku memang orang sini. Mana ada kampung lain lagi dah. Haha. Ramai orang cakap, kalau sambut Aidiladha di negeri pantai timur mesti meriah. Meriah juga, tapi tak semeriah zaman aku kecil-kecil dulu. 

Alhamdulillah juga, tahun ni tok ki (atuk) aku belah ayah ada bahagian korban juga. Jadi hari Khamis tu semua sedara belah ayah aku ni pakat gotong-royong buat makan-makan sikit hasil daging korban. Biasalah duduk rumah kampung, kebanyakannya tinggal sekelompok. Rumah sebelah-menyebelah antara rumah aku, mak sedara, bapak sedara, sepupu-sepapat. Agak meriah la kan bila tinggal sekelompok macam gini.

Bila musim raya atau musim cuti, memang tak sah kalau takda kenduri kahwin. Hari ni memang ramai sangat yang kahwin termasuklah kawan sekolah aku. Siang tadi baru akad nikah. Tahniah. Barakallah Apik dan isteri.

Ok, last but not least. Aku nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua umat islam terutama rakan blogger, rakan alam maya dan sesiapa yang mengenali diri aku. Tak lupa juga kepada yang mengambil kesempatan cuti ini untuk melangsungkan perkahwinan. Tahniah aku ucapan. Moga pernikahan kalian diredhai oleh-Nya. Amin. =)


Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Alam sekolah adalah alam yang paling seronok dan kelakar bila dikenang. Disanalah kita mula belajar berkawan, dan yang paling indah sebenarnya adalah apabila persahabatan itu kekal sehingga dewasa dan bila bertemu kembali dapat pula mengenang kisah-kisah lama yang banyak meninggalkan memori.

Sebelum ini pernah juga buat reunion untuk batch kami, tapi kali ini buat pertama kalinya kitorang buat reunion khas untuk kelas 5A Sekolah Menengah Agama Setiu sahaja sekaligus meraikan salah seorang daripada kami yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir.

Reunion SMAS Batch 1993

Selepas tamat SPM, masing-masing bawa haluan sendiri, lebih kurang 5 tahun juga la tak bersemuka. Kalau yang rumah dekat-dekat tu boleh la jumpa selalu dan kalau yang jauh pula, pada masa inilah peluang terbaik untuk berjumpa demi merapatkan lagi ukhwah sesama kita. 

5 tahun satu jangka masa yang agak panjang, masing-masing pun dah ada perubahan fizikal. Haha. Ada yang makin sihat, makin kurus pun ada dan of course la makin ayu, makin cantik, makin hensem semua. Cuma satu je yang tak berubah, perangai. Perangai masih macam dulu, suka buat lawak, suka gelak, suka mengusik. Haishh..rindunya zaman sekolah dulu. 

Sebenarnya banyak ambil gambar hari tu, tapi cuma dibawah ini je yang dirasakan segak, cantik, sopan, ayu dan sesuai untuk tatapan umum. Haha. 

Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Reunion SMAS Batch 1993
Wajah bakal terbang ke Mesir

Walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri, tetapi pertemuan ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Kebanyakan daripada kami masih belum berkahwin, dan aku harap seandainya ada rezeki lagi buat reunion pada masa akan datang, aku nak tengok diaorang dah beranak-pinak. Haha, mesti meriah.









Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Tahun ini aku cuma dapat 2 kad raya. Hehe. Sikit sangat kan? Tapi at least ada juga sebagai tanda ingatan dari rakan blogger. Terima kasih Kak Uzu dan Aten untuk kad raya yang cantik-cantik tu.

Kad Raya Blogger Uzu Emas Putih

Kad raya dari 
Kak Uzu ( Emas Putih )
www.kisahemasputih.com

Kad Raya Blogger Aten Fatin Bella

Kad raya dari
Aten
www.fatinbella.com

Bila cakap pasal kad raya ni, teringat waktu dulu-dulu pernah dapat kad raya istimewa dari seorang kawan. Kenapa istimewa sangat? Sebabnya kad raya tu dia buat sendiri by hand, takda beli ataupun order. Beberapa tahun juga kami saling bertukar kad raya buatan sendiri, tapi sejak zaman teknologi ni ambil alih, kami lebih prefer pakai teknologi. -,- Kadang-kadang bila tengok balik kad raya tu..aduhh, kenangan sungguh. 

InsyaAllah raya tahun depan, kalau umur masih panjang, aku pun nak order kad raya sendiri lah. =)










Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 | Walaupun hari ini kita sudah selesai menyambut 1 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam. Hari Raya disambut sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan pada bulan ramadhan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini juga aku ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada terkasar bahasa tersilap bicara terutama buat rakan blogger dan pembaca blog ini. Kita semua manusia biasa yang pastinya akan membuat silap, dan Hari Raya ini adalah saat yang tepat untuk kita saling bermaaf-maafan.

Semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dan dirahmati oleh-Nya.











Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Ramadhan 2015
credit 

Alhamdulillah, pada 18 Jun 2015 ini bermula lah bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harap dapat dipanjangkan umur untuk merasa bulan Ramadhan pada tahun ini, tak lama dah, hari khamis ni je pun. 

Hari ini diberikan sedikit kekuatan untuk update blog. Disebabkan demam, jadi keadaan tak mengizinkan sangat. Hari ni baru rasa ok sikit, kalau sebelum ni rasa nak landing je atas katil. Semua family aku kena demam, aku pun tak kuat bila dikelilingi orang yang tak sihat ni. Hehe. Jadi berjangkit la sekali. Harap dapat pulih sepenuhnya puasa ni.

Terima kasih juga pada yang masih sudi singgah sini. Nanti aku blogwalking pelan-pelan ke blog korang.

Harap bulan Ramadhan kali ini kita semua berpeluang kutip pahala banyak-banyak. Tahun depan belum tentu diberi kesempatan untuk merasa Ramadhan Al-Mubarak lagi. 









Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Rasanya dah lama tak buat entri yang ada video. Sebelum tu layan dulu bait-bait indah dari lagu ini. =)

Siti Nurhaliza & Cakra Khan - Seluruh Cinta

Lately suka sangat dengar lagu ni. Dalam sehari tu kalau tak dengar memang tak sah. Lepas dengar berkali-berkali tetiba pula mata boleh 'berpeluh' malam ni. *_* Hahaha, tak tau apa puncanya, mungkin sebab malam ni emosi bercelaru sikit. Pantang hati kena cuit dah terluka. Adoi, lemah betul aku bila keadaan macam ni. Lagi satu lepas dah ter'addict' lagu ni, aku terminat pula Cakra Khan. Haha, tahniah Cakra Khan, bertambah seorang lagi peminat anda. ^_^

Tu je nak cakap sebenarnya dan terima kasih pada yang masih singgah sini, nanti aku blogwalking balik selepas keluar dari kesibukan dunia ni.


Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Welcome 2015

Tahun 2014 banyak kejadian yang berlaku buat Malaysia dan juga diri aku sendiri. Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak menguji kesabaran dan kecekalan hati, di mana berlakunya perpisahan, perpisahan sementara dan selamanya. Tidak dilupakan juga untuk pertemuan manis yang mencipta kenangan indah sepanjang tahun 2014. Orang kata yang lepas jangan dikenang. Ya, betul perkara buruk tidak perlu dikenang tapi perkara manis patut disimpan sebagai memori yang suatu hari nanti memori itu pasti dirindui.

Buat orang yang pernah menyakiti aku, terima kasih. Tanpa perbuatan kau mungkin aku tidak akan mengerti apa itu kesakitan dan kekecewaan. Terima kasih, sebab kau juga hati aku belajar bagaimana untuk menjadi kuat disaat masalah dan dugaan yang menimpa. Buat orang yang selalu berada disamping aku ketika jatuh dan bangun, terima kasih. Tanpa bantuan tangan, bahu, dan badan yang kau hulur, aku tidak mungkin bertahan sehingga hari ini.

Sempena tahun baru 2015 ini juga, aku ingin meminta maaf dengan rakan blogger sekalian sekiranya terdapat terguris hati tersilap kata melalui penulisan yang mungkin aku tidak sedar. Moga jalinan ukhwah melalui alam maya ini dapat dieratkan lagi ^_^. Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Buku lama jangan dibuang, sebaiknya disimpan. Mungkin suatu hari nanti kita perlu membuka semula buku lama untuk meneliti diri dengan perubahan yang dialami. Moga tahun ini mencipta lebih banyak lagi kenangan dan memori indah untuk dijadikan alasan mengapa kita mesti kuat, sedar, dan senyum setiap hari. 



Share
Tweet
Pin
Share
19 ulasan
Birthday Girls

Bulan Disember agak special sebab bulan ini aku telah 'mengeluarkan tangisan' buat kali pertamanya. Tapi yang lagi specialnya bukan aku seorang birthday girl bulan ini, dua orang lagi kawan aku dilahirkan pada bulan ini juga. Yeahh...Happy Birthday untuk kami! Aku 10 Disember, diaorang 13 dan 16 Disember, dekat-dekat je tarikh kan? Diaorang ni sahabat masa aku belajar diploma dulu. Diaorang ni la sahabat bila sedih, ketawa, sahabat gila-gila remaja la katakan. 

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash

Ni la gambar birthday girls. Ce teka yang mana aku, hihihi. Andai kata korang berdua terbaca entri ni *diaorang tak tahu ada ada blog* sejujurnya rasa gembira sangat kenal dengan korang. Harap kita kawan sampai bila-bila walaupun masing-masing sibuk *Konon sibuk*. Teringat balik saat aku mendaftarkan diri di politeknik dulu, sorang-sorang merantau ke negeri orang. Masa tu rasa macam forever alone, hahaha, sehinggalah aku bertemu dengan mereka minggu orientasi. Sejak dari tu sampai semester akhir kita makan sama-sama, sewa rumah sama-sama, pergi kelas sama-sama. Memang semua sama-sama lah =)

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash
Housemates 

Birthday Girls Hajar Rash
Classmates

Ok, bagi sesiapa yang birthday girls atau boys bulan ini, aku ucapkan selamat hari lahir. Moga hidup korang lebih berkat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.



<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Jom Aktifkan Mykad Smart Shopper

Minta jasa baik korang untuk share entri ni Jom Aktifkan Mykad

Share
Tweet
Pin
Share
13 ulasan

Assalamualaikum

Jodoh datang tanpa diduga. Ada yang lambat, ada yang cepat. Ya, jodoh memang rahsia Dia. Dicintai dan mencintai sehingga berkahwin dengan pasangan merupakan satu kebahagian yang memang di impikan oleh setiap orang. Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi aku. Tanggungjawab terhadap pasangan, bakal anak-anak, dan juga insitusi keluarga yang diredhai Allah.

Straight to the point lah, baru-baru ini one of my schoolmates telah diupgrade to isteri orang. Dan dengan sukacitanya aku pergi ke majlis diaorang. Kawan sendiri kawin takkan tak pergi kan.



Majlis Kesyukuran | Syahirah dan Shaiful

Majlis Kesyukuran | Syahirah dan Shaiful

Majlis Kesyukuran | Syahirah dan Shaiful

Majlis Kesyukuran | Syahirah dan Shaiful

Majlis Kesyukuran | Syahirah dan Shaiful

Saat entri ini di taip, lebih kurang seminggu diaorang dah jadi suami isteri. Sesungguhnya sebagai seorang sahabat aku sangat gembira for both of you. Syahirah dan Shaiful, semoga perkahwinan kalian kekal sampai jannah. Lepas sorang-sorang dah diupgrade. Aku bila lagi..hmmm? Jodohkan rahsia =)


Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan

Assalamualaikum peeps. 
Sebenarnya tak sangka orang yang aku pernah kenal seorang blogger. Ni aku nak cite pasal blogger ni Mimin Adam. First blogwalking ke blog dia " Eh, macam kenal" Lepastu tu stalk dia punya instagram nak confirmkan betul ke tak orang yang aku kenal. Rupa-rupanya betul la orang yang sama. Siapa dia ni sampai aku beria nak bercerita. Actually kak Mimin ni senior aku time aku study diploma kat Politeknik Merlimau. Dulu aku suka sangat tengok dia*sebenarnya suka tengok mata dia yang bulat besar* Comel sungguh ! 

muka terkejut comel

Orang kedua ni pulak mesti ramai yang dah kenal. Aku Penghibur a.k.a Acik. Acik ni pun sebenarnya senior aku juga kat politeknik. Kenal dengan acik ni bila Minggu Suai Kenal time tu dia jadi fasilitator dalam tahun 2011 kalau tak silap aku. Aku pun tak tau dia seorang blogger yang femes sebab time tu aku tak aktif berblog lagi.


Nota kecik : Ada lagi tak blogger yang study kat Politeknik Merlimau dulu. Aku rasa macam ada lagi ^_^





Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Assalamualaikum 


Kastam


Ada tak akak-akak atau abang-abang semua yang berpengalaman dalam Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. 5 Ogos nanti aku kena jawab exam ni, tak lama je lagi..lusa dah pun. So sesiapa yang pernah amik exam ni boleh kongsi tak macam mana exam tu ataupun contoh soalan dia? Aku tak prepare apa-apa pun lagi. Sedih..sob..sob =(

p/s boleh drop komen kalau nak share. Sharing is caring right..hehehe




Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan

Assalamualaikum!
Salam Aidilfitri untuk semua yang menyambut Hari Raya. Dah seminggu beraya sakan, adik-adik pun dah mula sekolah dan kakak dan abang pun dah mula kerja. So macam mana raya..seronok ke tidok? Mungkin ada antara kita yang tak sempat lagi nak berziarah, maklumlah cuti tak diluluskan. Tapi takpe, raya kan sebulan. Banyak masa lagi, jangan risau yeee =)



Sebenarnya bukan pasal hari raya aku nak cite, point utama adalah line internet aku dah ada !! After a week aku tunggu kegembiraan ini, hari ni baru aku dapat. Hahahahaha. Susah betul takda internet acces sekarang ni. Banyak kerja yang tergendala. Nak blogwalking pun susah. Line internet kat rumah aku takda bukan sebab problem ke apa tapi sebab tak bayar. Wakakakaka, sadis betul rasa. 


Adioss..banyak kerja nak buat =)



Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Assalamualaikum !

Musim cuti sekolah memang ditunggu sangat oleh adik-adik...yedok?? Lagi satu time ni la orang suka buat kenduri kawan. Penuh kat fb, twitter, instagram dan laman sosial lain duk upload. Haihh... jeles aku tengok orang kawin ni. Tetibe hati tertanya bila jodoh ak nak sampai ea? hihihi. Malas nak taip panjang-panjang, so aku nak cite direct je..ayah sedara aku pun kawin jugak !! Jom layan gambar ^_^

Kena bergambar dengan pengantin...amik aura =)


Majlis ayah sedara aku ni sangat simple.  Pada 3/6/2014 diaorang bertunang dulu pada sebelah pagi, and then tengah hari tu akad nikah. 

Tak sah kalau takde gambar selfi. Yang lain dah cantik cuma yang terjelir lidah tu je yang mencacatkan gambar. Nak crop tak sampai hati...hahahaha



Lepas tu 5/6/2014 majlis di sebelah pihak perempuan. 






Pada 7/6/2014 majlis di sebelah pihak lelaki pulak =)

Masa ni terlupa nak amik gambar ngan pengantin. So kita bergambar dengan bakal pengantin sudah

Konon-konon ayu gitu


Setiap gambar mesti ada muka aku. Sebelum tu aku pun nak ucapkan selamat pengantin baru kat Mk Syahir blogger Fuh.my yang kawin hari ni. Semoga kekal dan bahagia ke akhir hayat buat pengantin-pengantin baru yang lain =)
















Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan

Assalamualaikum readers..!!!


i'm back..lebih smnggu aku x membloging kn dri ak kt sini..sjak kbelakangan ni otak aku dah kering-kontang dgn idea walaupun hujan mmbnjiri negeri ak skrng..
kecian mngsa2 bnjir tu | nk mencelah ckit |  >_<


okehhh..let's talk about the story..aku nak cite pasal bnde ni haaa, tgk la tajuk tu sndri
dah tau kan aku nak cite apa


# konvoi TERENGGANU to KELANTAN
# 25 DECEMBER 2012
# kerjasama antara Perodua Servis Gong Badak n Kelab Vivac


dalam 40 buah kete kot yg berlepas dari Perodua Gong Badak..yg brlepas kt sini cume kete viva je
yang lain aku tak sure sgt..haha~kalau tak silap aku Alza kt kemaman | klu silap sory ek |




klu ada event tak sah kan klu tak de gmbr..
tu haa..aku da tempek gambar kt bwh tu..sila2 la tgk =)




mukadimah gambar 

brekpes dulu cik kak


 briefing


abg polis pn ada tuuu




dah nak berlepas ni


warga Perodua Gong Badak..ada yang tak dekk ni o.O


fresh model..haha~peace yoop =P







done..penat otak aku
thanks for reading =)



gambar credit to Perodua Servis Gong Badak

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Jom Aktifkan Mykad | Mykad Smart Shopper
  • Kek Oreo Cheese Guna 3 Bahan

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose