• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Pembayaran komisen yang terakhir. Itu yang boleh dikatakan memandangkan Ashadee ditutup. Memang terasa juga keputusan pihak pengurusan Ashadee.com. Aku rasa itu mungkin keputusan yang terbaik bagi pihak pengurusan sekirannya keuntungan yang beliau capai melalui Ashadee tidak mencapai target seperti yang dirancang.

Kena terima hakikat, sesuatu perkara itu mungkin tidak akan kekal selamanya. Jadi penamatnya seperti ini.

Komisen Ashadee


Lebih kurang setahun lalu aku mendaftar dengan Ashadee dan sempat mempromosikan beberapa produk, dan alhamdulillah mampu juga merasa hasil dari affiliate.

Setakat ini sahaja 'jodoh' aku dengan Ashadee. Haha. Rasanya dah boleh move on kepada platform yang lain. Sebelum ini hanya fokus pada Ashadee sahaja. Sekarang ini, nak tak nak kena angkat kaki juga cari alternatif lain untuk buat pendapatan online.





Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Ashadee.com Bakal Ditutup - Rasanya dah ramai blogger dan internet marketer yang tahu mengenai berita ini. Tak sangka sebenarnya, program affiliate popular yang sudah membantu ramai affiliater menjana pendapatan lumayan sudah hampir ke penghujungnya.

Tahun depan ni baru berfikir untuk buat sungguh-sungguh, tetapi tiba-tiba pula dapat berita ini. Agak mengejutkan dan sedikit kecewa dengan penutupan Ashadee ini. Tapi nak buat macam mana, kena hormat keputusan pengurusan. 

Walau bagaimana pun, alhamdulillah. Dalam masa setahun aku mendaftarkan diri dengan Ashadee.com, aku telah berjaya menjana pendapatan dan tersenarai dalam Top 30 Affiliate Ashadee 2015. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan sebagai seorang blogger yang baru setahun jagung berjinak dengan affiliate.

Ashadee.com Ditutup

Ashadee.com akan ditutup secara keseluruhannya pada Mac 2016. Setakat ini sahaja rezeki melalui Ashadee. Jadi terpaksalah beralih ke platform lain. Walau apa pun, affiliate tetap jadi pilihan aku untuk buat income online.

Ok, jangan nak kecewa sangat. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan untuk buat income online. InsyaAllah tahun baru yang bakal tiba ini, akan lebih banyak pintu rezeki akan dibuka.




Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Pembayaran komisen Ashadee yang ke 5 dah lama masuk akaun. Ini merupakan pembayaran untuk bulan Oktober. Ashadee akan melakukan pembayaran bila dah mencapai minimum cashout iaitu RM50, RM100, RM500 atau RM1 000. Yang tu anda boleh set sendiri. Komisen akan dibayar terus ke akaun bank 2 minggu sekali pada setiap hari Rabu.

Komisen Ashadee

Boleh kaya ke buat duit dengan affiliate?
Tak, dengan komisen yang sebegitu aku belum jadi kaya lagi. Haha. Setakat nak isi perut dalam seminggu boleh la. Tapi otai yang kat luar sana dah ramai yang berjaya dan menjadikan affiliate ini sebagai pendapatan utama mereka. 

Kata orang, kalau nak berjaya mestilah kena ikut langkah mereka yang dah berjaya. Itu kata-kata yang aku pegang untuk capai target aku. Setakat ini tiap bulan memang lepas la target yang aku nak. Hasilnya bukan dapat sekelip mata, dan bukan juga banyak. Tetapi berterusan walaupun hanya sikit-sikit sekali dapat tu. Sebenarnya tak sangka juga dapat merasa hasil dari affiliate.

Susah ke buat duit dengan affiliate?
Ada yang kata senang, ada yang kata susah. Bagi aku untuk dapatkan komisen yang pertama agak susah. Kena ada kesabaran level paling tinggi, disiplin, rajin usaha dan buat promosi. Bila dah dapat yang pertama, insyaAllah yang seterusnya akan makin mudah. Yang penting kena teruskan promosi produk yang selalu orang cari.

Ashadee

Banyak lagi program affiliate sebenarnya. Pada masa sekarang aku hanya tumpukan pada Ashadee je. Lagipun dalam Ashadee dah macam-macam produk yang boleh pilih. Kalau hasil dari Ashadee ni makin stabil dan konsisten, insyaAllah nak cuba platform lain pula.






Share
Tweet
Pin
Share
13 ulasan
Kebelakangan ini agak sibuk uruskan diri sendiri. Haha. Jadinya baru hari ini dapat update mengenai komisen affiliate dari Ashadee.com untuk bulan Oktober. Alhamdulillah, rasanya makin hari makin bertambah rezeki. Tiada sedikit kekesalan pun bila join program affiliate.

Komisen Ashadee.com

Mungkin juga ada yang hairan dan cakap aku ni nak menunjuk sebab selalu post mengenai komisen yang aku dapat. Sebenarnya langsung tak terfikir macam tu. Kalau ya pun aku nak menunjuk takkanlah dengan komisen sebanyak tu, lain kali tunjuklah komisen yang ribu-riban. Hoho.

Aku post sebab nak buktikan boleh buat duit affiliate melalui blog. Dalam kalangan blogger memang dah tahu dengan blog dapat hasilkan pendapatan, tetapi ada juga orang luar yang mungkin tak tahu mengenai bidang ini suka-suka hati sindir, pandang rendah dan cakap blogging ini hanya satu kerja yang sia-sia! Wah..wah, tolong lah buka minda tu sikit ya.

Ada yang pernah pesan pada aku "Tulislah sesuatu yang boleh membina diri dan orang lain bila membacanya". Jadi aku tengah lakukannya. Dengan post entri mengenai komisen affiliate yang aku dapat, harapnya dapat tingkatkan sedikit semangat buat rakan blogger yang mungkin juga join program affiliate, tetapi masih belum ada hasil. Kalau aku yang baru ni boleh tergedek-gedek buat duit melalui affiliate, korang semua lagi lah boleh.

Panduan Affiliate
Kalau rasa nak belajar mengenai affiliate, klik je banner atas ni. 

Ok, dah la tu. Nak pergi manjakan diri pula.



Share
Tweet
Pin
Share
15 ulasan
Rasanya penyakit blank dan tepu dah kembali lagi. Banyak topik, banyak idea yang berlegar-legar kat kepala ni, tapi bila dah mengadap laptop rasa blank pula. Seolah-olah idea tu tak boleh nak di keluarkan, hanya boleh perap dalam kepala. Haha.

Bila cek email, ada komisen dari Ashadee.com. Aku hanya tersenyum, namun begitu ia tidak mampu gembirakan hati yang risau. Risau sebab rasanya dah lama tak update blog. Tapi alhamdulillah, dalam keadaan otak tepu ada juga sedikit komisen yang dapat. 

Komisen Ke 15 dan 16


Komisen Ashadee.com

Bagi yang baru nak mencuba buat duit dengan affiliate boleh mendaftarkan diri di Ashadee secara percuma. Ashadee.com merupakan salah satu platform yang dipercayai untuk buat duit melalui affiliate. Aku sudah menerima beberapa kali pembayaran dan bayaran sentiasa on time.


Seronok kan kalau terima email macam kat atas tu. Hehe. Aku mula mendapat komisen pertama sejak Januari 2015. Alhamdulillah sehingga sekarang masih tak putus-putus rezeki dari affiliate ni. Syukur. 

Kalau anda teringin juga nak belajar mengenai affiliate, boleh baca panduan ini - Panduan Affiliate Untuk Blogger. Panduan ini sesuai untuk blogger baru yang sangat hijau atau zero tentang saluran yang betul untuk buat duit secara online.



Share
Tweet
Pin
Share
15 ulasan
Tajuk entry macam panjang sikit. Hehe. 
Alhamdulillah, dah terima bayaran dari Ashadee.com. Walaupun payment dia mungkin tak banyak bagi anda, tapi aku tetap berpuas hati kerana setiap kali dapat payment mesti makin bertambah. Kalau dulu setakat 2 angka, sekarang dah naik sikit jadi 3 angka. Kalau usaha lebih mesti dapat 4 atau 5 angka, tak mustahil kan? Haha.

Pembayaran Komisen Ashadee

Aku terima email mengenai pembayaran ini pada 2 September lepas, lagi 3 komisen menyusul lepas tu. Alhamdulillah, bulan ni dah berjaya close tiga sales. Aku rasa macam terover seronok pula sebab baru pertengahan bulan dah dapat tiga sales. Tiga sales ni dah banyak tau untuk newbie affiliate macam aku.

Komisen Ashadee.com

Sehingga sekarang aku masih percaya promosi menggunakan blog merupakan promosi jangka panjang. Selagi blog anda masih wujud, selagi itu artikel promosi anda berpeluang untuk mendapatkan jualan. Ini juga merupakan satu kelebihan jika peniaga atau usahawan mengiklankan produk mereka di blog-blog yang menawarkan advertorial. Iklan mengenai produk anda akan kekal selagi blog tersebut masih wujud.

Bagi yang tidak mempunyai blog atau malas nak set up blog tetapi berminat untuk mempromosikan produk affiliate, anda juga boleh buat begitu dengan menggunakan facebook. Nak tau tips dan trick yang digunakan yang membolehkan anda close sale seawal 2 jam melalui facebook ? Aku ada kongsi mengenai itu di entry ini - Income RM244 Lebih Setiap Hari Melalui Facebook.



p/s Malam ni kepala rasa macam berat sikit, tapi sado kan diri publish entry -,-





Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Jom Aktifkan Mykad | Mykad Smart Shopper
  • Kek Oreo Cheese Guna 3 Bahan

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose