Ashadee.com Bakal Ditutup

Ashadee.com Bakal Ditutup - Rasanya dah ramai blogger dan internet marketer yang tahu mengenai berita ini. Tak sangka sebenarnya, program affiliate popular yang sudah membantu ramai affiliater menjana pendapatan lumayan sudah hampir ke penghujungnya.

Tahun depan ni baru berfikir untuk buat sungguh-sungguh, tetapi tiba-tiba pula dapat berita ini. Agak mengejutkan dan sedikit kecewa dengan penutupan Ashadee ini. Tapi nak buat macam mana, kena hormat keputusan pengurusan. 

Walau bagaimana pun, alhamdulillah. Dalam masa setahun aku mendaftarkan diri dengan Ashadee.com, aku telah berjaya menjana pendapatan dan tersenarai dalam Top 30 Affiliate Ashadee 2015. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan sebagai seorang blogger yang baru setahun jagung berjinak dengan affiliate.

Ashadee.com Ditutup

Ashadee.com akan ditutup secara keseluruhannya pada Mac 2016. Setakat ini sahaja rezeki melalui Ashadee. Jadi terpaksalah beralih ke platform lain. Walau apa pun, affiliate tetap jadi pilihan aku untuk buat income online.

Ok, jangan nak kecewa sangat. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan untuk buat income online. InsyaAllah tahun baru yang bakal tiba ini, akan lebih banyak pintu rezeki akan dibuka.




5 Ulasan

  1. Sedih....hilang sudah tapak untuk mencari side income
    tengah belajar disini pulak > https://my.jvzoohost.com/aff.php?aff=7083

    BalasPadam
  2. Nak dapat income tidak boleh guna satu flatform saja kena pelbagaikan cara barulah hasil memuaskan.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam
  3. Wah susahlah macam ni nak jana income dengan affiliate kalau betul Ashadee nak tutup.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam
  4. InsyaAllah ada rezeki lain di luar sana dengan platform yang lebih baik :)

    BalasPadam
  5. Selagi belum tutup, cuba kumpul komisyen yang terakhir dari Ashadee dulu :D

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama