Ranking Alexa 1 Jun 2015

Alexa Rank adalah satu tool yang digunakan untuk mengukur kedudukan blog anda di enjin pencarian. Bagi aku ranking alexa ini penting juga kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengukur prestasi blog. Makin kecil angkanya makin bagus bagi sesebuah blog kerana peratusan dikunjungi pelawat lebih tinggi. Kali terakhir aku update mengenai ranking alexa adalah pada Oktober 2014. Tersangat lama kan?

Alexa Rank
Ranking Alexa Terkini


Global Rank : 2, 248, 795
MY Rank : 14, 041

Sejak beberapa bulan lepas, ranking alexa makin lama makin jatuh sehingga ke null rank. Maknanya tiada data yang hendak ditunjukkan. Haha, sangat kesian. Sebab itu aku dah lama sangat tak update mengenai ranking alexa. Tapi sejak dah pakai domain sendiri hampir 2 bulan, ranking alexa mula menunjukkan peningkatan. 

Harap keadaan ini berterusan. Aku ada baca satu artikel, yang mengatakan audit Alexa telah diketatkan dan mungkin sebab itu ranking alexa merundum. Bagi sesiapa yang tahu cara dan trick yang terbaru untuk membaiki ranking alexa, share kat aku boleh? =)





1 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم