Trypophobia | Penyakit Pelik

Apasal aku beria sangat buat entri mengenai trypophobia ni kan. Kisahnya haritu aku ada tengok satu gambar, kulit dia penuh lubang-lubang *agak menakutkan*. Jadi aku pun kononnya nak buat la kajian sikit penyakit apa tu kan. Rupa-rupanya penyakit kulit berlubang macam tu takde tetapi sebaliknya yang aku jumpa adalah menegenai trypophobia

Trypophobia


Apa itu Trypophobia 

Trypophobia adalah penyakit fobia dan takut yang dihidapi seseorang terhadap benda yang terlalu banyak lubang dan mempunyai banyak lubang-lubang kecil. Sehingga saat ini belum dapat dikenal pasti punca fobia yang pelik ini. Sesetengah orang yakin bahawa trypophobia sememangnya dihidapi sejak kanak-kanak lagi.

Tanda Trypophobia

Seseorang yang mengalami trypophobia akan merasa gelisah dan bahkan sampai mengalami gatal di seluruh badan ketika melihat objek yang terdapat banyak lubang. Pada umumnya penderita trypophobia akan mengalami dua kemungkinan iaitu berani melihat kemudian melupakanya dan ada pula yang merasa pening setelah melihat lubang tersebut. Berikut adalah reaksi yang dialami seseorang yang mengalami trypophobia:
  • Rasa cemas dan takut apabila melihat benda berlubang kecil
  • Mengeluarkan peluh, 
  • Jantung berdegup kencang 
  • Sukar bernafas
Bagi aku sendiri, lepas lihat gambar tu rasa takut, jijik sampai tutup mata. Kalau tengok lama-lama rasa berdebar dan bulu roma asyik menegak je. Aiyooo

Test Penyakit Trypophobia

Nak tau korang ada fobia ni? Search 'Trypophobia' dan lihat gambar-gambarnya. Kalau rasa takut dan tak boleh tengok *macam aku* memang sah-sah korang hidap penyakit ini. =P Aku nasihatkan sebelum search tutup mata dulu untuk mengelakkan terkejut tengok gambar tu.

Cara Rawatan

Fobia ini boleh dirawat dengan mengurangkan segala fikiran negatif mengenai gangguan tersebut. Sekiranya boleh, pandang gambar yang mempunyai banyak lubang kecil berkali-kali sehingga anda sudah tidak takut lagi untuk melihatnya. Tetapi, kalau tidak boleh jangan memaksakan diri.

9 Ulasan

  1. macam menggelikan aje. tak nak lah tengok. hahah :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok lahhh...tengok sambil intai-intai sudah, haha

      Padam
    2. Kulit berlubang-lubang tu, biasanya bekas parut jerawat kan? Ke ada penyakit lain yang misteri.

      Padam
    3. setakat ni memang takde penyakit kulit berlubang..kalau bekas jerawat tu lubang dia tak ketara sangat kan?

      Padam
  2. buat test dahhh :D okay je rasanya. haha tapi ada la satu dua yg rasa geli / annoying hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya awak takde lah penyakit pelik ni..hehe

      Padam
  3. ni saya pernah baca kat blog akk tunsha..habis takut tgk bend berlobang2.. hahaha
    xada takut cuma bulu meremang lepas baca entri akak tunsha..adoi..

    BalasPadam
  4. Pernah jugak buat entry pasal ni... dulu pun sha ada penyakit camni tapi bila dah tau... terus steady... haha

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama