Ephyra Skin Bar Mencerah dan Memudarkan Parut Jerawat

by - 12:09 PG

Sebelum ini kita dengar Oceanlife dengan kisah kejayaannnya mengenai produk minuman Epyhra. Sekarang, Oceanlife tampil pula dengan produk terbaru iaitu Ephyra Skin Bar. Dengan menggunakan kolagen, Glutathione Bearberry dan Alpha Arbutin A Extract sebagai bahannya, Ephyra Skin Bar berfungsi pantas untuk menjadikan kulit lebih mulus.

Maklumat lanjut mengenai Ephyra Skin Bar boleh klik sini


Review Ephyra Skin Bar 


Masalah kulit yang dihadapi
Aku mengalami masalah kulit iaitu kulit berminyak dan berjerawat sekitar satu tahun yang lalu.  Bukan cuma jerawat tapi ia meninggalkan parut yang susah untuk dipudarkan. Pada mulanya cuma sebijik dua jerawat yang tumbuh. Aku pun fikir, "Alahh..lepas ni hilanglah", sebab sebelum ini pun memang pernah naik jerawat di muka dan selepas beberapa hari kemudian ia akan hilang sepenuhnya tanpa meninggalkan parut. 

Sejak hari itu, jerawat makin lama makin banyak pula naik. Belum hilang yang satu itu, tiga empat biji jerawat baru pula yang tumbuh. Keadaan ini memang merunsingkan diri aku sebagai seorang remaja. Semestinya perempuan seusia aku menginginkan wajah yang cantik mulus.

Untuk menyelesaikan masalah ini, aku telah mencuba produk xxx dan yang buruknya produk ini bukan menyelesaikan tapi memburukkan lagi keadaan kulit muka aku. Kulit muka aku menjadi berminyak dan semakin ditumbuhi jerawat serta meninggalkan parut. 

Review Ephyra Skin Bar

Pengalaman Sendiri
Apabila menggunakan sesuatu produk, faktor utama yang sering dititikberat adalah keberkesanannya. Dengan rela hati aku mempertaruhkan muka aku sendiri untuk menguji sejauh mana keberkesanannya dengan harapan wajah aku tidak semakin teruk. 

Satu ketul sabun boleh tahan untuk sebulan. Untuk penjimatan punya pasal, aku kerat kepada 4 bahagian dan tahan selama 7 minggu. Aku pakai produk ini 3 kali sehari, pagi, malam dan sebelum tidur. Pada awal penggunaan, muka aku mengalami sedikit pengelupasan halus. Tapi pada hari ketiga, semua pengelupasan itu sudah hilang. Jadi aku nasihatkan pakai pelembap selepas mencuci muka dengan Ephyra Skin Bar. Jangan risau, korang boleh guna pelembap dari jenama lain.

Lebih kurang 3 minggu penggunaan, hasilnya memang tidak dinafikan lagi Ephyra Skin Bar ini memberikan kesan yang positif terhadap kulit muka aku. Hampir kesemua masalah kulit yang aku hadapi dapat diselesaikan dengan penggunaan Ephyra Skin Bar secara konsisten. Walaupun kulit muka tidak bebas sepenuhnya daripada masalah tapi aku sedar dan perasaan akan perubahan yang dialami. 

Muka aku sudah kurang berminyak dan jerawat pula sudah kurang naik di wajah. Parut jerawat juga kian pudar dari hari ke hari. Mungkin parut jerawat ini memakan masa sedikit untuk hilang sepenuhnya. Lingkaran gelap dibawah mata sedikit kurangBukan itu sahaja, lagi satu bonus yang aku dapat selepas menggunakan Ephyra Skin Bar adalah wajah aku semakin putih dan cerah


Review Ephyra Skin Bar

Review Ephyra Skin Bar

Apalagi ye yang best mengenai Ephyra Skin Bar? Semestinya bau yang wangi. Memang patutlah wangi kerana ia mengandungi Aromatherapy fragrance.

*semua gambar di atas tanpa editing di bahagian muka. Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan tapi harap nampak perubahan

Alhamdulillah, memang tidak rugi mencuba Ephyra Skin Bar. Dengan kelebihan dan kandungan dalam Ephyra Skin Bar sedikit sebanyak mengurangkan masalah kulit yang aku hadapi. Dan sekarang Ephyra Skin Bar terbukti untuk :-
  • Menghilangkan jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memutih dan mencerahkan kulit
  • Menegang dan melembutkan kulit
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Sabun ini bukan hanya boleh digunakan pada wajah tetapi badan sekali. Untuk review ini aku sekadar menggunakan di wajah sahaja. Ephyra Skin Bar sesuai untuk golongan lelaki mahupun wanita. 


You May Also Like

11 ulasan

  1. Balasan
    1. majoriti pengguna akan cakap ephyra memang best =)

      Padam
  2. mmg nampak kesan yang berbeza sikit kan...teruskan penggunaan! mana tau makin membaik :)

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana sharing info

    BalasPadam
  4. makin berseri2 laaa...gud luck

    http://www.bakul2011.com/2015/01/testimoni-ephyra-cabaran-30-hari.html

    BalasPadam
  5. WAHHHHHHHHH !!!

    makin cantik lah lepas nie,

    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/01/official-facebook-httpswww.html

    BalasPadam
  6. jerawat dan parut mmg hilang bila pakai ephyra skin bar nie.
    kulit pn nampk cerah berbanding dulu.
    makin comel ler snyum lepas nie :)

    BalasPadam