Raja Adsense
igkaboom

Seorang Diri

Masa kecil dulu kalau menangis,
Nak menangis sekuat yang boleh,
Nak bagi semua orang dengar,
Nak semua orang bagi perhatian.

Bila dah besar kalau rasa nak nangis pun.
kita mesti jauhkan diri daripada orang.
Menangis sorang-sorang ,
Menangis tanpa suara tapi air mata keluar macam banjir.

Tertekan.
Rasa nak jerit keluarkan semua,
Duduk dalam bilik,
jerit sepuas hati.
sampai anak tekak nak terkeluar
Tiada siapa dengar.

Makin kita besar
makin banyak kita simpan sorang-sorang,
Apa boleh buat
itu je pilihan yang ada.


-Ak. A



Comments
10 Comments

10 ulasan:

  1. betu. makin kita besar makin kita nak simpan sorang sorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? sebab tak nak susahkan orang dengan masalah kita =)

      Padam
  2. TERIMA KASIH tinggalkan link anda di page blog syira lokman :D nantikan blog siapa yang bertuah untuk memenangi tapak iklan PERCUMA !
    jawapannya akan diumumkan di page blog syira lokman tidak lama lagi !
    tunggu ~~~ jgn lupa ajak kawan join giveaway syira ..hehee

    BalasPadam
  3. comelnyaa bear tu hehehe..
    Wish kalau masa dpt berputar ke masa dulu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau masa dapat berputar ke masa dulu banyak benda nak ubah tapi semua tu mustahil kan? Kita hadapi jelah hidup sekarang ini walau susah macam mana pun =)

      Padam
  4. makin besar, makin matang fikiran kita. Jangan selalu memendam rasa, perlu juga luahkan apa yang terpendam.

    BalasPadam
  5. ada pilihan lain... saya pernah merindukan seseorang sampai tak boleh nak buat kerja sampai tak boleh nak hidup rasanya... saya tak boleh tahan akhirnya saya buat solat hajat ketika solat dhuha... dalam sujud saya memohon agar perasaan ini dibuang sebab dia tak mungkin akan kembali kepada saya... saya mohon bersungguh2 sampai menangis... apa saya dapat? bila saya angkat kepala dari sujud perasaan tu hilang...

    tiada tempat mengadu? Allah sebaik baik tempat mengadu... percaya lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..hanya Allah je tempat mengadu sekarang ni =)

      Padam
  6. Banyak sangat kenangan zaman dulu dulu..lebih2 lagi masa zaman kanak2..

    BalasPadam

Tudung Si Comel