Sistem DKS | Sistem Perakaunan Senang

Kalau nak dibandingkan dengan dulu, ada antara kita yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Jadi bilangan yang menceburi bidang ni agak sedikit pada waktu dulu. Pada masa sekarang memang dah ramai yang terlibat dalam perniagaan tambahan lagi dah macam-macam jenis produk yang boleh diniagakan. 

Dalam perniagaan, pengurusan kewangan sangat penting. Dengan pengurusan kewangan yang betul dapat meningkatkan lagi keuntungan perniagaan. Ada orang cakap kejayaan seseorang dalam perniagaan adalah bijak dalam menguruskan hal kewangan. Sistem perakaunan yang sistematik dapat melicinkan pengurusan kewangan dan menyediakan penyata kewangan yang tepat

Nak buat penyata kewangan bukannya senang lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang besar. Untuk menyediakan penyata kewangan yang tepat, beberapa software telah direka seiring dengan peredaran masa. Yelah, kalau guna manual mungkin akan berlaku kesilapan dan tidak tepat. 

Antara software perakaunan yang terbaru adalah Sistem Perakaunan DKS . Sistem  Perakaunan DKS atau nama panjangnya 'Sistem Debit Kredit Senang'. Aku merupakan pelajar perakaunan dan berpeluang belajar dan menggunakan software 'UBS Accounting'. Kebanyakan syarikat menggunakan sistem ini dalam pengurusan kewangan mereka. Sejujurnya agak complicated untuk menyediakan penyata kewangan dengan mengunakan UBS Accounting ni. Banyak benda yang perlu difahami. Tapi bagi orang yang betul-betul mahir memang senanglah la kan.

Apa yang lainnya software ini berbanding sofware yang ada sekarang? Sistem  Perakaunan DKS merupakan sistem perakaunan berasaskan MicroSoft Excel yang jauh lebih murah berbanding perisian perakaunan yang lain. Sistem ni merekod transaksi perakaunan dengan mudah dan lengkap.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan sistem ni juga korang dapat menyimpan database pelanggan dan pembekal. Sistem ini sangat istimewa kerana korang hanya perlu tahu debit kredit sahaja dan juga sistem ini adalah dalam Bahasa Melayu tau. Aku rasa ini merupakan software pertama dalam Bahasa Melayu.

Jadi aku rasa Sistem Perakaunan DKS lebih senang kerana mengunakan excel. Kebanyakan daripada kita boleh menggunakan excel walaupun kurang mahir. Memandangkan ia dalam Bahasa Melayu, lagi senang untuk dipelajari dengan menggunakan buku panduan yang disediakan.

Mungkin para peniaga perlu mencuba Sistem Perakaunan DKS ini supaya dapat menyediakan penyata kewangan yang tepat lebih-lebih lagi bagi yang mencatat perakaunan secara manual. Dengan adanya sistem ini, ia dapat memudahkan anda menyediakan penyata kewangan yang lengkap menggunakan excel terutama peniaga atau usahawan kecil.

Dapatkan software excel murah ini disini - Sistem Perakaunan DKS 






2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama