Domain Murah Malaysia

Google menawarkan hosting dan domain secara percuma kepada korang untuk membuat website atau blog. Domain mempunyai 2 pilihan, sama ada yang percuma atau berbayar. Domain pecuma agak panjang, contoh, hajarshikin.blogspot.com. Domain berbayar pula contohnya hajarshikin.com. Sama ada percuma atau berbayar, terpulang pada korang.

Tapi bila dah ada nama domain sendiri, nampak lebih serius dan profesional. Kalau korang nak lebih advance boleh pilih hosting dan domain berbayar. Sebelum membuat pilihan web hosting dan domain murah, disenaraikan kriteria patut dilihat untuk jadi murah dan terbaik. Kriteria ini boleh di jadikan tip untuk mencari web hosting untuk website atau blog korang.

♥ Kualiti perkhidmatan server reliable atau uptime yang tinggi
♥ Features yang ditawarkan
♥ Customer support servis 24/7
♥ Harga berpatutan atau sebaiknya murah
♥ Review pengguna

Bagi yang baru nak mencuba tukar dari blogspot ke domain sendiri, aku sangat syorkan korang cuba beli domain dari Jom Hosting. Aku start guna domain sendiri pada tahun 2015. Sekarang dah 4 tahun dah bersama Jom Hosting ni.
Domain Murah Malaysia
4 tahun setia dengan Jom Hosting
Mungkin orang jarang dengar mengenai web hosting ini. Kalau korang search review pun memang banyak feedback yang negatif. Ini aku cerita benda yang lepas. Selama 4 tahun jadi pelanggan setia ni, aku rasa setakat ini Jom Hosting takda masalah. Malah support team pun terbaik, reply tak sampai sejam.

Ini aku cerita mengenai domain sahaja tau. Since aku masih menggunakan hosting percuma, so takda pengalaman dalam pemilihan hosting dari Jom Hosting 😅

Domain Murah Malaysia
Antara produk yang ditawarkan
Kalau nak tengok lagi details poduk yang ditawarkan boleh terus ke laman web Jom Hosting






3 Ulasan

  1. murahnya..tp xthu nak apply sendiri..:)

    BalasPadam
  2. abam kie beli domain thn 2014. tp dkt netKL. Alhamdulillah OK je setakat ni.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
  3. Nama Jom Hosting ni pun antara domain provider yang popular ;)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama