Photobook Harga RM 1

Nampak keterujaan bila dengar photobook yang cuma berharga RM 1 kan 😅 Aku pun dah buat dan lagi teruja bila dapat tengok muka sendiri dicetak pada buku. Haha. Jadi, aku nak share pada korang cara-cara nak dapatkan photobook dengan harga RM 1. Kena baca sampai habis tau step dia 😉

Photobook Malaysia

Photobook RM 1 Dari Photobook Malaysia

Photobook murah ni sebenarnya dari Photobook Malaysia. Kalau korang tengok di website dia, takda kan photobook berharga RM 1. Paling murah RM 79 kalau tak silap aku. Jadi, korang nak tahu ke trick nak dapatkan dengan harga murah? 😎 Ceitttt...bukan trick sangat pun. Aku nak ajar korang cara yang halal tau. Haha.

Ok, sebelum tu aku nak bagitau lah ciri-ciri photobook tu supaya korang boleh la bayang macam mana. Photobook tu;
❤ Bersaiz 6"x6"
❤ Soft cover
❤ 40 pages

Walaupun bersaiz kecil-molek, tapi bagi aku ngam sangat dah. Kalau korang rasa tak puas tengok gambar kecik, terpaksa lah buat photobook yang lebih besar. Hihi.

Ok, tanpa buang masa kita tengok macam mana step dia.

Download Aplikasi Shopee Malaysia

First step yang paling penting, korang mesti ada aplikasi Shopee ni. Sebabnya kat aplikasi ini korang perlu beli voucher yang mana akan digunakan untuk dapatkan diskaun sebanyak RM 79 semasa nak check out untuk pembelian photobook nanti. Bagi yang takda lagi aplikasi ni boleh download di play store

Sekarang korang dah ada account dan sign in di Shopee. Seterusnya korang search 'Photobook Malaysia'.

Photobook Malaysia

Lepastu tu korang cari di kategori photobook dan akan jumpa 'Photobook Malaysia Mini Square Softcover Photobook 6"x6"' yang berharga RM 1.

Photobook Malaysia

Korang pilih yang tu dan baca description betul-betul. Lepas faham dan dah puas hati baca, klik BUY NOW dan lakukan pembayaran. Jangan lupa tulis email korang kat remark ya kerana kod voucher akan dihantar melalui email dalam masa 3 hari bekerja.

Sementara menunggu pihak Photobook Malaysia hantar kod voucher, korang boleh la edit dulu gambar. Nak edit gambar ni ambil masa juga, bergantung pada tahap kerajinan korang 😄 

Edit Dan Buat Photobook Sendiri

Korang buka web www.photobook.com.my dan pilih pada 'Photobook'. Pilih jenis 'Mini Square 6"x6"'. Sebenarnya dah ada yang readybook design, jadi korang perlu pilih design mana yang berkenan dan masukkan gambar sahaja. Mudah kan bagi yang tak berapa kreatif macam aku 😅

Photobook Malaysia

Cara Gunakan Voucher di Photobook Malaysia

Dah siap design, dah dapat voucher boleh la proceed order! Dah puas hati dengan design yang dibuat, klik ORDER untuk melengkapkan tempahan.

Seterusnya, di My Cart korang tengok betul-betul details dia. Pastikan cover jenis softcover dan kertas jenis 190gsm Photo Lustre Paper. Nak upgrade jenis kertas pun boleh tapi mestilah ada caj tambahan. Tapi bagi aku tak perlu upgrade pun ok sangat dah kertas tu. Tak terlalu nipis.

Photobook Malaysia

Next, isi maklumat penghantaran dan pilih EXPRESS SHIPPING yang paling murah

Photobook Malaysia

Lepas tu, di bahagian payment korang masukkan kod voucher yang korang dapat.

Photobook Malaysia

Contoh kod voucher yang akan dihantar ke email korang

Tadaa...cuba tengok jumlah yang perlu di bayar. Korang cuma perlu bayar harga shipping sahaja iaitu sebanyak RM 8.48. Ok, dah pastikan harga tu betul, boleh la buat pembayaraan dan settle.

Photobook Malaysia

Bila dah buat phtobook macam gini, tak perlu risau dah gambar hilang ke apa. Walaupun kebarangkalian kau buka photobook tu setahun sekali, at least gambar tu akan kekal. Bila kau dah jadi mak nenek nanti, time ni la rasa nostalgianya bila kau belek balik gambar-gambar dalam photobook tu. 😊

Tips : 
Aku galakkan korang buat lighting gambar tu bagi cerah sikit sebab bila dah print jadi buku, ia akan nampak sedikit gelap. 

Kod voucher tu hanya boleh digunakan bila korang checkout melalui website. Maksudnya kod voucher tidak boleh digunakan pada aplikasi Photobook Malaysia yang korang dah download kat smartphone. Dalam erti kata lain, korang perlu guna laptop atau PC




7 Ulasan

  1. ThankYouuu For sharing <3

    BalasPadam
  2. I nak tahu mana nk cri remark tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Checkout -> Delivery address -> shipping (kat sini dia ada tulis LEAVE A MESSAGE. Tulis email kat sini)

      Padam
  3. Salam shikin.
    Bestnye ni. Tq share ye. Nti nk wat jgk..mmg lamo ni klo nk edit gmbo. Haha

    BalasPadam
  4. dari haritu nak buat PB ni.. lahai harap masih ada promo

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama