Raja Adsense
igkaboom
Ephyra

Sekarang ini aku tengok ramai anak Melayu makin berminat dengan bisnes. Tak kira lah, jadi dropship, agent atau stokis sekalipun, itu sudah dianggap berbisnes. Hidup pada zaman yang taraf ekonomi makin tinggi ini memaksa kita untuk mempunyai sumber pendapatan lebih daripada satu. Disebabkan itu ada yang buat 'duit tepi' dengan berbisnes. Sesetengah orang sanggup berhenti kerjaya yang tetap semata-mata mahu fokus pada bisnes sahaja.

Ok, aku nak share 'Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung' untuk newbie yang anda semua boleh gunakan bila berbisnes. Ni bukan tips daripada aku sendiri tau. Aku terjumpa tips ni hasil dari perkongsian di facebook Elyaney Khairuddin

Tips Bisnes Newbie

Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung


Dibawah adalah cara yang saya lakukan :-

1-  Akaun Semasa/Current Account
Siapa yang belum ada Current Account, sila buat. Tapi WAJIB ada SSM + Cop Syarikat + Deposit. Saya cadangkan anda buat current account CIMB dan MAYBANK, dua-dua ni paling famous dikalangan pembeli online.

➡Maybank : Deposit RM2k + Introducer
➡CIMB : Deposit RM1k + Introducer

Deposit boleh keluarkan balik selepas selesai. Ada sesetengah bank tak perlukan introducer, cuba survey dulu.

2. Akaun Simpanan/Saving Account
Saya pasti semua orang dah ada saving account kan? Kalau belum ada boleh buat. Nak open saving account tak mahal pun. Maybank tak silap sy RM250 (kalau silap tolong betulkan).

3. Pembeli/Client
Pembeli ataupun client mestilah membuat bayaran ke akaun semasa, bukan lagi ke akaun simpanan. Tak kira dia beli apa atau bayaran apa sekalipun, duit jualan WAJIB masuk dalam akaun semasa.

4. Duit dari current account bayar:-
  • Pembekal : Ambil stok jualan/rolling modal
  • Bil : Poslaju (in case kalau korang buat kontrak, bil bayar 2 kali sebulan)/telefon/wifi dan lain-lain
  • Pekerja : Kalau ada staff. Tak ada takpe, jimat kos huhuhu.
  • Tax dan Zakat.
  • Lain-lain seperti minyak petrol, transport dan yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.
5. Gaji untuk diri sendiri (40%)
Hello... Jangan nak perasan yang duit bisnes korang tu 100% hak milik korang okay. Seeloknya bagi gaji pada diri sendiri setiap hujung bulan atau awal bulan.

Macam mana nak kira gaji kita? Yang ni saya bagi contoh sahaja ye. Saya ambik 40% dari baki yang tinggal.

Contoh : Baki setelah ditolak kos-kos diatas adalah RM5000. Contohnya anda ambik 40% dari baki tersebut.

Contoh :
Total Jualan (RM20,000) - Duit Keluar (RM15,000) = RM5000 / 40% = RM2,000 (Gaji Anda).

6. Saving Account
Dari Current Account, bayar gaji anda RM2,000 tadi ke Saving Account setiap hujung atau awal bulan.

Jika anda konsisten bagi gaji pada diri sendiri setiap bulan macam ni, anda boleh create slip gaji. Jadi anda ada slip gaji + pendapatan dari berniaga.

Faham tak?

Gaji inilah yang anda boleh guna untuk makan minum + bagi parents + bayar ptptn + kereta dan sebagainya. Cukup ke tak cukup, pandai-pandailah anda plan. Kalau tak cukup, usaha cari lebih jualan bulan depan.

7. Baki Jualan (60%)

SIMPAN !

Kenapa tak boleh habiskan?

Sebab nanti senang kalau anda nak tambah modal untuk ambik stok produk lain atau nak ambik lebih banyak stok dimasa akan datang. Yela, tak kan selamanya anda nak berada ditahap yang sama je kan?

Duit syarikat sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan jadi perompak bisnes sendiri !


Apa kepentingan Current Account ni?


1. Senang Buat Loan Dengan Bank
Lebih-lebih lagi yang buat bisnes sepenuh masa macam saya ni. Anda tak ada slip gaji tau. Nak apply apa-apa loan dengan bank susah. Jadi kena buat cara macam ni untuk bagi pihak bank nampak yang anda menjalankan bisnes cap kapak. Bukan bisnes cap ayam.

Yang bekerja boleh guna cara ni jugak. Buat slip gaji. Lagi senang nak apply loan sebab ada kedua-duanya, slip gaji + pendapatan dari berniaga.

2. Duit Bisnes Tidak Bercampur 
Perasan tak bila duit masuk dalam 1 akaun je, anda akan jadi 'pening'. Belanja makan ke, shopping ke, belanja pergi bercuti ke, main bedal je ambik duit. Tak tau tu duit bisnes atau duit sendiri. Alih-alih nak restock barang duit tak cukup!

3. Boleh oleh lihat dengan jelas mana DUIT ANDA dan mana DUIT SYARIKAT
Duit syarikat, milik syarikat. Bukan milik anda, walaupun anda pemilik syarikat. Makan je gaji tiap bulan tu dulu. Jangan berlagak macam tokey-tokey besar lagi

4. Membolehkan Pengurusan Wang Anda Lebih Efektif.
Belajar uruskan kewangan dengan baik dulu. Pusing modal yang ada dengan sebaiknya. Jika tidak, lama-kelamaan boleh memakan diri.

5. Tidak Akan Mengalami Masalah Akaun Tiba-tiba Diblock.
Saving account selalu akan mengalami masalah ini. Perkara ni terjadi kerana transaksi melebihi had setiap hari.

Dan banyak lagi kelebihan bagi orang yang berniaga macam saya ni. Ini berdasarkan apa yang saya buat. So far sekarang ni saya dah keluar/rolling modal lebih kurang RM40k untuk ambik stok. Tanpa berhutang. Saya kumpul dari duit untung masa jadi dropship lagi.

Tips ini sesuai untuk newbie yang baru nak mula berniaga. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini 














Comments
5 Comments

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya pun setuju tapi tak buat lagi cara ni, hihi

      Padam
  2. Kalau ikut standard prosedur memang perlu ada introducer. Tapi ada juga sesetengah keadaan, tak perlu semua tu. Setiap bank berbeza, dan ada juga cawangan yang guna SOP yang lain sikit.

    Apa pun setuju dengan posting ni, survey dulu. Kalau nasib baik, tak perlu ada sampai RM1k atau RM2k pun dah boleh bukak akaun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, setiap bank dan cawangan berbeza SOP dia

      Padam

Tudung Si Comel