Atasi Rambut Nipis Dengan Dove Volume & Nourishment

Semua orang tau, rambut merupakan mahkota wanita. Oleh sebab itu, semua wanita nakkan rambut yang cantik dan sihat. Tetapi kebanyakan wanita akan mengalami masalah-masalah rambut seperti rambut kering dan nipis. Bila rambut nipis agak payah juga nak pelbagai gaya rambut. 

Dove Volume & Nourishment

Bagi wanita yang mengalami masalah rambut kering dan nipis, kini korang boleh memiliki rambut yang tebal dengan menggunakan produk rangkaian yang agak baru dipasaran, iaitu Dove Volume & Nourishment.

Produk penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment merupakan satu ciptaan baru daripada Dove yang menggunakan Teknologi Oxyfusion. Formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen yang mampu menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan yang mendalam serta menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%.

Dove Volume & Nourishment
Shampu Dove Volume & Nourishment

Aku juga  berpeluang menggunakan produk ini. Sudah hampir sebulan, dan alhamdullilah boleh nampak kesan yang positif pada rambut. Rambut lebih lembut dan tebal, lebih-lebih lagi apabila rambut diikat, aku dapat rasa ketebalannya lain macam dari sebelum ini. Haha. Tapi apa yang penting, walaupun makin tebal tetapi rambut tetap rasa ringan

Dove Volume & Nourishment
Perapi Dove Volume & Nourishment

Lagi satu, selepas menggunakan shampu dan perapi Dove Volume & Nourishment, rambut aku lebih senang diurus. Takda dah rambut kusut-masai walaupun libas-libas rambut sampai pening. Tetapi kesan volumenya cuma bertahan sehingga 1-2 hari sahaja. 

Walau apa pun, Dove Volume & Nourishment masih boleh dikategorikan sebagai recommended product sesuai dengan harganya. Jadi bagi wanita yang mengalami rambut kering dan nipis, boleh la mencuba produk penjagaan rambut ini.








6 Ulasan

  1. I love dove products, sbb rambut jadi lembut.

    BalasPadam
  2. Pernah juga pakai syampu Dove tetapi bukan jenis ini. Apapun semua orang boleh cuba, mana tahu boleh jadikan rambut senang diurus dan tebal.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam
  3. Dulu antara shampoo yang MV gunakan ialah DOVE, memang best pakai

    BalasPadam
  4. Dove memang terbaik dari dulu pun..

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama