Bersabarlah Wanita Yang Menahan Nafsu Couple

Cuba bagitau aku, perempuan mana yang tidak mahu disayangi, diberi perhatian dan dihargai? Bila kau lihat rakanmu update status atau selfie dengan hashtag 'kepunyaan Capital A' dan menjaja cerita cintanya, tetapi kau dalam cemburu tetap tabah manahan rasa kerana kau tahu itu semua haram dan Allah murka. Saat bersama rakan-rakan, kau mendengar bicara mereka mengenai teman-teman lelaki mereka sambil bergelak ketawa, tetapi kau berdiam diri menyambut tawa mereka dengan senyuman yang dibuat-buat kerana kau tidak tahu macam mana nak memberi reaksi. 

Menahan Nafsu Couple
                                                                                                 credit : google

Kau tidak mempunyai teman lelaki untuk dibangga-banggakan. Mahu menegur, kau tidak mempunyai kekuatan. Jika berlalu, kau akan dikatakan sombong. Maka sekali lagi kau menahan rasa. Saat kau terluka dek kerana cemuhan manusia, tiada kekasih yang memberi pesanan ringkas untuk memujuk dirimu, yang mampu dilakukan hanya mendakap Al-Quran dan merintih mengadu kepada Rabbmu akan kedengkian manusia terhadapmu. 

Kau sunyi dalam ketenangan apabila kedengaran di radio lagu cinta untuk kekasih, makin membuak-buak rasa untuk memiliki dan dimiliki seorang lelaki. Kau teringin untuk menempatkan dirimu dalam hati seorang lelaki yang akan merinduimu setiap hari. Perasaan mu terbuai sayu. Tetapi dengan cepat kau singkirkan perasaan yang terbuai itu kerana kau takut kecundang dalam nafsu. 

Menahan Nafsu Couple
                                                                    credit : google

Malam itu murah sekali air matamu mengalir dalam kedinginan malam melenyapkan segala kesunyian yang bermain dalam jiwamu. Kau merintih dan mengadu pada Tuhanmu, kau juga mahukan bahagia tetapi dengan cara yang diredhaiNya. Kau hanyut dalam cinta Rabbmu. Tabahlah wahai hati. Jika tiada jodohmu didunia, kau akan dapat sebaik-baik ganjaran dan di akhirat kelak. 






5 Ulasan

  1. Amin..moga seorang imam menjadi hadiah atas kesabaranmu wahai muslimah..mujahidah..

    BalasPadam
  2. Tak baik show off kan kan...yang kapel tu belum tentu jadi teman hidup sampai ke jannah... Tapi saya selesa dan dah biasa mcm ni...Allah ada... Family ada kawan2 ada.. So tak rasa pon kesunyian... :)

    BalasPadam
  3. bagus tak kapel..amalan kapel2 banyak yg langgar syarak berbanding yg betul2 ikut syariat islam

    BalasPadam
  4. InshaAllah, ganjaran Allah menanti buat yang benar-benar sabar =)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama