Ezi-Akaun XLS Sistem Perakaunan Senang

Kalau nak dibandingkan dengan dulu, ada antara kita yang takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Jadi bilangan yang menceburi bidang ni agak sedikit pada waktu dulu. Pada masa sekarang memang dah ramai yang terlibat dalam perniagaan tambahan lagi dah macam-macam jenis produk yang boleh diniagakan. 

Ezi-Akaun XLS

Dalam perniagaan, pengurusan kewangan sangat penting. Dengan pengurusan kewangan yang betul dapat meningkatkan lagi keuntungan perniagaan. Ada orang cakap kejayaan seseorang dalam perniagaan adalah bijak dalam menguruskan hal kewangan. Sistem perakaunan yang sistematik dapat melicinkan pengurusan kewangan dan menyediakan penyata kewangan yang tepat

Nak buat penyata kewangan bukannya senang lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang besar. Untuk menyediakan penyata kewangan yang tepat, beberapa software telah direka seiring dengan peredaran masa. Yelah, kalau guna manual mungkin akan berlaku kesilapan dan tidak tepat. 

Antara software perakaunan yang terbaru adalah Ezi-Akaun XLS. Aku merupakan pelajar perakaunan dan berpeluang belajar dan menggunakan software 'UBS Accounting'. Kebanyakan syarikat menggunakan sistem ini dalam pengurusan kewangan mereka. Sejujurnya agak complicated untuk menyediakan penyata kewangan dengan mengunakan UBS Accounting ni. Banyak benda yang perlu difahami. Tapi bagi orang yang betul-betul mahir memang senanglah la kan.

Ezi-Akaun XLS

Apa yang lainnya sistem ini berbanding sistem yang ada sekarang? Sistem  Ezi-Akaun XLS adalah sebuah sistem offline yang menggunakan Excel yang direka khas untuk perniagaan SME yang jauh lebih murah berbanding perisian perakaunan yang lain. Sistem ni merekod transaksi perakaunan dengan mudah dan lengkap.

Sistem Ezi-Akaun XLS sangat senang digunakan kerana anda hanya perlu rekod Jualan, Belian dan Belanja sahaja. Report Imbangan Duga, Kunci Kira-kira, Profit & Loss, Cash Flow dijana secara automatik.

Sistem ini juga menyediakan rekod inventori bagi anda yang membuat perniagaan yang menyimpan stok jualan. Inventori ini akan disambungkan secara automatik dengn rekod-rekod jualan dan belian. Bukan itu sahaja, sistem ini juga turut menyediakan dokumen Resit, Quotation, Invoice serta Payment Voucher.

Jadi aku rasa Sistem Ezi-Akaun XLS lebih senang kerana mengunakan excel. Kebanyakan daripada kita boleh menggunakan excel walaupun kurang mahir. Memandangkan ia dalam Bahasa Melayu, lagi senang untuk dipelajari dengan menggunakan video panduan yang disediakan.

Mungkin para peniaga perlu mencuba Ezi-Akaun XLS ini supaya dapat menyediakan penyata kewangan yang tepat lebih-lebih lagi bagi yang mencatat perakaunan secara manual. Dengan adanya sistem ini, ia dapat memudahkan anda menyediakan penyata kewangan yang lengkap menggunakan excel terutama peniaga atau usahawan kecil.

Dapatkan software excel murah ini disini - Ezi-Akaun XLS




2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama