Bisnes Kuih Raya Dengan Modal Rendah

Kuih raya merupakan salah satu perkara yang wajib dicari apabila tibanya musim perayaan. Kuih raya akan mendapat permintaan yang tinggi setiap kali tibanya musim perayaan. Pastinya ramai yang mencari duit sampingan melalui bisnes kuih raya. Persoalannya, bolehkah bisnes kuih raya ini mampu menjana pendapatan yang lumayan? Kalau kita tanya mereka sendiri, mesti diantara mereka akan menjawab "Bolehlah untuk tampung mana yang tak mencukupi".

Kuih Raya Popular

Pernah terfikir secara terperinci tak? Sebenarnya ada dikalangan mereka yang menjalankan bisnes kuih raya ini terpaksa menolak beberapa tempahan pelanggan, dan untuk mengelakkan tempahan terus ditolak pada masa akan datang, mereka ini memilih untuk menyiapkan terus kuih raya. Maksudnya disini, mereka akan menjual terus kuih raya yang telah mereka siapkan tanpa menerima tempahan. Nampak tak disitu betapa 'lebatnya' permintaan kuih raya ini.

Modal Bisnes Kuih Raya

Kalau nak berbisnes, mesti mempunyai modal yang besar kan? Tetapi dengan bisnes kuih raya ini anda hanya memerlukan modal permulaan yang sangat rendah iaitu RM50. Dengan modal sebanyak ini, anda mampu memiliki modal yang paling penting, iaitu modal ilmu. Dalam apa-apa bisnes sekalipun termasuk dropship, ilmu merupakan permulaan yang sangat penting. Dengan ilmu itu, anda akan lebih arif tentang dunia bisnes. Takdelah nak memulakan bisnes secara hentam kromo.

Ketahui Rahsia Bisnes Kuih Raya

Disebabkan ramai yang terlibat dalam bisnes ini, tiada orang yang membongkarkan rahsia dan teknik bisnes kuih raya sehingga menjana mendapatan yang lumayan. Mestilah, persaingan dalam pasaran sudah sengit. Tetapi sekarang anda tidak perlu risau kerana rahsia itu telah didedahkan. Dengan bermodalkan RM50, anda boleh mengorek rahsia yang telah didedahkan dalam Rahsia Kuih Raya

Seperti yang saya katakan sebelum ini, nak berbisnes mesti ada ilmu. Ilmu untuk mengetahui kuih mana yang popular, kuih apa yang memerlukan kos rendah, macam mana nak buat kuih yang senang. Semua itu anda boleh dapat dengan adanya ilmu kan? 

Jangan rasa membazir untuk membuat pelaburan dalam ilmu. Kalau setakat RM50 itu berapalah sangat. Anda boleh cover semula modal itu hanya dengan 2 balang kuih raya. Jadi tak excited ke untuk mengetahui teknik bisnes kuih raya ini? 

Taknak orang lain mendahului anda? Boleh jenguk sini - Rahsia Kuih Raya


1 Ulasan

  1. Tetiba craving tart blueberry bila tengok gambar kuih tu. Allah! Mana nak cari memalam ni

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama