Raja Adsense
igkaboom
Ephyra

10:34 PTG
7
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. Jangan bimbang soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Betul, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Macam mana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. . Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.

Buat Duit Dari Rumah

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku pergaduhan antara korang sehingga masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Lepastu korang dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang akan jadi. Tiba-tiba dengan kuasa Allah, korang ni dah berbaik, hubungan jugak macam dulu. Allah tunjukkan jalan untuk korang berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia, In sha Allah.

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang.Tapi agak menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. Ingatlah janji Allah, "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya"

Rahsia Pemilik Instagram Jana 4 Angka

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita semua. Bila dah bertemu jodoh, jagalah hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang.




Comments
7 Comments

7 ulasan:

  1. Nice sharing.

    Tengah carik jugak nie. Hehe

    BalasPadam
  2. kalau dah jodoh itu milik kita,apa apa jadi pun tetap jodoh.Soal jodoh itu urusan Allah SWT :)

    BalasPadam
  3. salam..
    perkongsian yg indah..
    insaallah doakan semoga dapat jodoh sperti di atas.. :)
    soal jodoh semua itu urusan allah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Allah,, Mudah-mudahan balikan spt yg dulu,ameeen,

      Padam
  4. jodoh pertemuan semua di tangan ALLAH. :)

    perkongsian yg baik. :)

    BalasPadam
  5. Jika dah jodoh takkan kemana....

    BalasPadam
  6. Jodoh rahasia Tuhan, kita cuma berusaha

    BalasPadam

Tudung Si Comel